Suatu Ketika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Suatu Ketika
PengarahPrakash Murugiah
Penulis
  • Prakash Murugiah
  • Nadia Azlan
  • Adi Bear
  • Mynn Lee
Dibintangi oleh
PengedarGSC Movies
Mula ditayangkan
12 September 2019 (Malaysia)
26 September 2019 (Brunei)
Tempoh tayangan
1 jam 34 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
dan bahasa tempatan lain

Suatu Ketika merupakan filem sukan bola sepak Malaysia 2019. Filem ini mengisahkan semangat pasukan bola sepak budak lelaki kampung yang melawan pasukan juara sekolah British dalam kejohanan kecil tempatan.

Filem ini dapat ulasan positif dan ditayangkan pada 12 September 2019 di Malaysia.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1952 sebelum Merdeka di Ujong Pasir, Melaka, filem ini menceritakan kisah budak-budak lelaki sekolah kampung berumur hampir 12 tahun dari pelbagai latar belakang yang membentuk satu pasukan bola sepak, supaya dapat memasuki JG Davidson, kejohanan piala remaja tempatan. Biarpun tiada latihan betul, seragam ataupun bola sepak sebenar, tetapi mereka ini adanya semangat dan azam.

Dengan bantuan guru dan seorang pekebun sekolah sebagai jurulatih, mereka melatih dan belajar semangat setia kawan. Sekarang skuad ini perlu melawan dengan juara bertahan, pasukan pelajar dari sekolah British, St James untuk layak masuk ke perlawanan seterusnya. Mampukah mereka menerus dalam kejohanan ini?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Namron sebagai Pak Sa'ad
  • Pekin Ibrahim sebagai Cikgu Sulaiman
  • Armand sebagai Usop
  • Danial Akmal Fariz sebagai Syukri
  • Farez Iqmal sebagai Atan
  • Kuhan Divagaran sebagai Guna
  • Dheva Naish sebagai Suresh
  • Daniel Syahidan sebagai Husin
  • Putera Syazwan sebagai Bakri
  • Lim Xuan sebagai Lee Meng
  • Azlan Raihan sebagai Dol
  • Danial Iman sebagai Tuah
  • Ahmas sebagai Panjang
  • Adeq Jiey sebagai Kudin
  • Farah Ahmad sebagai Latipah
  • Syafnida Suhaimi sebagai Cikgu Rokiah
  • Dintamam sebagai Selamat

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Kos pembikinan filem ini ialah RM 3.6 juta. Filem ini memilih pelakon-pelakon muda dari 8 hingga 12 tahun pada tahun 2016 melalui proses uji bakat. Penggambaran dijalankan di tempat Selangor seperti Kuala Kangsar, Kuala Selangor dan Banting pada 2017.[2] Penyanyi Zainal Abidin dan Viona menulis lagu untuk filem, manakala Michael Veerapen merupakan penggubah muzik filem.[3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]