Nam Ron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Namron" dilencongkan di sini.
Nam Ron
KelahiranShahili bin Abdan
(1969-11-21) 21 November 1969 (umur 49)
Kangar, Perlis, Malaysia
Nama lainNamron
PekerjaanPengarah, penulis skrip, pelakon, aktivis teater
Tahun aktif1989 - kini
PasanganJune Lojong
Anak3

Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron (kadangkala dikreditkan sebagai Nam Ron; lahir 21 November 1969) merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon Malaysia yang bergiat aktif untuk teater, filem dan televisyen.

Beliau bersama-sama dengan isterinya June Lojong, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Chew Kin Wah, Zahiril Adzim, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nam Ron dilahiran dan dibesarkan di Kangar, Perlis. Beliau berkahwin dengan Junaidah "June" Lojong dan dikurniakan tiga anak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Mula melibatkan diri di dalam pentas teater pada 1989 dengan menyertai kumpulan teater AKSI [2] di Kangar, Perlis. Semasa bersama kumpulan teater AKSI beliau terlibat dengan beberapa pementasan kecil sebagai pelakon. Hubungan beliau dengan group teater AKSI hanya selama dua tahun, perselisihan pandangan tentang pementasan teater telah mendorong beliau menubuhkan kumpulan teaternya sendiri pada tahun 1991 dengan menamakannya SEBATU. Ketika beliau bersama kumpulan teater SEBATU, dua buah teater telah dipentaskan di Kangar, Perlis iaitu Jiwa (1992) dan Sel Terakhir (1994). Semasa pementasan teater Jiwa, Nam Ron menjadi pengarah dan penulis skrip serta turut sama berlakon sementara di dalam pementasan Sel Terakhir, beliau hanya mengarah dan menulis skripnya.

Zaman pengajian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, beliau sekali lagi terpaksa meninggalkan SEBATU kumpulan yang beliau asaskan sendiri kerana melanjutkan pengajian di dalam teater di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang ini lebih dikenali sebagai ASWARA. Beliau sudahpun berusia 25 tahun ketika menjejak kaki ke ASK.[3] Ketika di ASK beliau rapat dengan pensyarahnya yang juga merupakan Ketua Jabatan Teater di ASK iaitu Datuk Krishen Jit (克里申吉). Datuk Krishen Jit yang juga merupakan seorang pengarah teater bahasa inggeris dan salah seorang pengasas Five Arts Center secara tidak langsung menjadi mentor kepada Nam Ron. Sepanjang tempoh pengajian di ASK, beliau menumpukan kepada kerja-kerja pengarahan, di antara teater-teater yang ditulis dan diarahkan olehnya adalah Main-Main Bersama Teater (1994), Kerana Anna (1995) dan Percakapan Seorang Aku (1995). Ketiga-tiga pementasan itu diadakan di kawasan kampus ASK dan penontonnya terdiri dari penuntut dan kakitangan ASK serta penonton dari luar yang terdiri dari pengemar teater. Kejayaan ketiga-tiga pementasan tersebut membuatkan beliau terus menghasilkan siri pementasannya. Pada tahun 1996 secara tidak rasmi Nam Ron telah menubuhkan kumpulan teaternya yang diberi nama Alternative Stage. Melalui Alternative Stage, beliau telah mementaskan sebuah skrip karya Dinsman (丁斯曼) berjudul Di Pulau Sa dan Di, di ASK. Pementasan teater tersebut kemudiannya dijadikan teater keliling apabila dipentaskan di Kuching, Sri Aman, Sarikei dan Mukah di Sarawak. Dan, penamatnya diadakan di British Council, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, beliau telah digantung dari pengajiannya kerana tidak menyiapkan kerja krusus dan kembali semula ke ASK pada tahun berikutnya. Pada tahun 1998, melalui Alternative Stage beliau mementaskan sebuah lagi karya Dinsman iaitu Bukan Bunuh Diri dan pada tahun 1999 beliau mementaskan Look Back in Anger karya[4] John Osborne sebagai projek akhir akademiknya di ASK.

Penggiat teater[sunting | sunting sumber]

Tamat pengajian Nam Ron bersama rakannya Toemoe telah mendaftarkan Alternative Stage sebagai sebuah syarikat teater. Pada tahun 2000 beliau telah mengarahkan teater MISI tulisan bersama Faisal Tehrani di Mini Auditorium MTC. Kejayaan teater tersebut mendorong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menaja persembahan tersebut untuk dibawa ke Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Selepas teater Misi, beliau telah mengarah dan menulis beberapa lagi teater bersama Alternative Stage antaranya adalah Proses, Gedebe (2001)[5], Lembu (2002), Jangan Bunuh Sam karya Zakaria Ariffin (2003), Matderihkolaperlih (2003), Aku Nak Jadi Bintang (2004), Laut lebih Indah dari Bulan, Projek kolaborasi Ka Si Pe Cah (2006), Alih Punggong (2007).

Matderihkolaperlih telah dipentaskan di Singapura di bawah projek beg galas, projek kolaborasi antara pengiat teater Singapura dan Malaysia. Manakala melalui projek Kolaborasi Ka Si Pe Cah, beliau yang mementaskan karya WIP telah berkolaborasi bersama pengiat teater bahasa Cina iaitu Loh Kok Man dan penggiat teater bahasa Inggeris, Jo Kukathas telah mementaskannya di Malaysia dan Tokyo, Jepun.

Sepanjang tempoh ini juga beliau telah mengikuti suatu program yang dinamakan Asian Theatre Practice 1, bermula dari tahun 2003 hingga 2005 dan Asian Theatre Practice 2 bermula 2007 hingga 2008. Kedua-dua program tersebut diadakan di Tokyo, Jepun selain di Filipina dan Indonesia.

Bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja teater dilaksanakan oleh generasi selepasnya, beliau bersama beberapa karyawan muda teater seperti Ayam Fared, Zahiril Adzim, Khairunazwan Rodzy, Khairil Ridzuan dll telah menubuhkan Rumah Anak Teater (RAT) dan Nam Ron bertindak sebagai pengarah artistik.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2000 Lips to Lips Amir Muhammad
2001 Gedebe Dirinya sendiri
2003 Paloh Ahmad Adman Salleh
The Big Durian Dirinya sendiri Amir Muhammad
2006 Gubra Li @ Pak Bilal Yasmin Ahmad
2008 Histeria Detektif Polis James Lee
2009 Gadoh
2010 Aku Tak Bodoh Jaafar Boris Boo
2011 Misteri Jalan Lama Botak Dato' Afdlin Shauki
Cahaya
Andai
2012 Bunohan Pok Wah Dain Iskandar Said
Chow Kit Rosihan Zain
Brando Lee
29 Februari Encik Salam Edry Abdul Halim
2013 Langgar Radzi Sein Ruffedge
Bernafas Dalam Lumpur James Lee Filem pendek
PSIKO : Pencuri Hati Dirinya sendiri
Ular Aziz Jason Chong
2014 Pintu Neraka Ckw Kemunculan khas
Terbaik Dari Langit Nik Amir Mustapha Pelakon tambahan
2015 Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Maharaja Lela Mamat Khalid
2016 Redha Razlan Tunku Mona Riza
2017 Mencari Rahmat Razak Al Jafree Md Yusop Filem bebas
Balun Tok Penghulu Bob Singah
Dari Hati Filem pendek
2018 Dukun ASP Talib Dain Iskandar Said
Munafik 2 Rahman Syamsul Yusof Kemunculan khas
Crossroads: One, Two, Jaga Dato' Dirinya sendiri
PASKAL Leftenan Komander Maznan Adrian Teh Pelakon undangan
2019 Misteri Dilaila Imam Aziz Syafiq Yusof
Orang Itu Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi
Mat Kilau Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Syamsul Yusof Pos-produksi
TBA Suatu Ketika Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi
Masterpicisan Menunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan Dirinya sendiri Dalam penggambaran

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Warkah Terakhir: Rosli Dhoby Awang Rambli Mat Deli Astro Citra
2011 Sanggul Beracun Astro Citra
2012 Parit Jawa
Lembut Bukan Lelaki Bapa Astro Ria
2013 Tetamu Maria Azlan TV9
2014 Kerana Lemang TV2
2016 Rantai
Sirat Al-Mustaqeem Ustaz Muhammad Astro Maya HD
2017 Janji TV2
Che Pa Che Pa @ Jaafar Kasim Astro First Eksklusif

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Lima Yazid Astro Ria
5 Jingga En Jaafar 8TV
2013 Karlos Rashid TV3
2014 - 15 Seludup Astro Maya HD

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 A Year Without Pelakon Utama[7]
2011 Malam Pelakon Utama

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Lelaki Terbaik Paloh Dicalonkan
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Sanggul Beracun Dicalonkan
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik Parit Jawa Menang
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Lelaki Terbaik Redha Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Dukun Menang
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik One Two Jaga Menang

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Nam Ron (2009) Laut Lebih Indah Dari Bulan: Antologi Skrip Teater Nam Ron, Kuala Lumpur, Oxygen Media.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]