Sujarinee Vivacharawongse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sujarinee Vivacharawongse
KelahiranYuvadhida Polpraserth
(1962-05-26) 26 Mei 1962 (umur 57)
Ban Phanthom, Bangkok, Thailand
KediamanFlorida, Amerika Syarikat
Nama lainYuvadhida Suratsawadee
Sujarinee Mahidol na Ayudhya
PekerjaanSeniwati
Tahun aktif1977–79
PasanganPutera Mahkota Vajiralongkorn
(k. 1994; c. 1996)
AnakJuthavachara Vivacharawongse
Vacharaesorn Vivacharawongse
Chakriwat Vivacharawongse
Vatcharawee Vivacharawongse
Puteri Sirivannavari Nariratana

Sujarinee Vivacharawongse (Bahasa Thai: สุจาริณี วิวัชรวงศ์; rtgsSucharini Wiwatcharawong; Mei 26, 1962), lahir sebagai Yuvadhida Polpraserth (Bahasa Thai: ยุวธิดา ผลประเสริฐ; rtgsYuwathida Phonprasoet), nama pentas, Yuvadhida Suratsawadee (Bahasa Thai: ยุวธิดา สุรัสวดี; rtgsYuwathida Suratsawadi) atau Benz (Bahasa Thai: เบ๊นซ์) ialah seorang seniwati dari Thailand dan juga isteri kedua Putera Mahkota Vajiralongkorn dari 1994 hingga 1996. Beliau kini menetap di Amerika Syarikat.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sujarinee dilahirkan pada 26 Mei 1962 dan merupakan anak kepada Thanit dan Yaovalak Polpraserth. Bapanya seorang ahli muzik dan komponis kugiran Sunthraphon.[2]

Sujarinee lulus dari The College of Dramatic Arts di Bangkok.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sujarinee mula menceburi bidang lakonan dalam drama Kot haeng kam dan Manut pralat. Pada 1977, beliau menjadi salah satu pelakon utama dalam filem Sip ha yok yok sip hok mai yon dan Lueat nai din. Pada 1978 dan 1979, beliau memainkan peranan utama dalam filem Saen saep, Ai thuek dan Hua chai thi chom din.

Sujarinee mengumumkan persaraannya daripada industri hiburan pada Ogos 1979. [3]

Perkahwinan dan perceraian[sunting | sunting sumber]

Vajiralongkorn dan Sujarinee berumahtangga dalam suatu upacara istiadat perkahwinan diraja pada Februari 1994. Namun, perkahwinan mereka tidak mendapat restu daripada bonda Vajiralongkorn, Ratu Sirikit. Setelah berumahtangga, Sujarinee diizinkan untuk mengubah namanya kepada Mom Sujarinee Mahidol na Ayudhya (หม่อมสุจาริณี มหิดล ณ อยุธยา) untuk menunjukkan bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang putera raja. Beliau juga dilantik menjadi pegawai bertauliah berpangkat Mejar dalam Tentera Diraja Thai dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara diraja di samping suaminya.

Sujarinee melarikan diri ke England bersama anak-anaknya anaknya. Suaminya kemudian meletakkan poster yang menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan Anand Rotsamkhan (อนันต์ รอดสำคัญ), seorang Marsyal Udara berumur 60 tahun di sekeliling istana.[4] Vajiralongkorn berjaya membawa anak perempuannya, Busyanambejra, pulang ke Thailand untuk tinggal bersamanya. Gelaran diraja dan juga pasport diplomatik isteri dan anak-anak lelakinya ditarik balik. [5] Mereka kini menetap di Amerika Syarikat.[6]

Pasangan ini mempunyai lima orang anak:

  1. Putera Juthavachara Mahidol (จุฑาวัชร มหิดล) lahir pada 29 Ogos 1979
  2. Putera Vacharaesorn Mahidol (วัชรเรศร มหิดล) lahir pada 27 Mei 1981
  3. Putera Chakriwat Mahidol (จักรีวัชร มหิดล) lahir pada 26 Februari 1983
  4. Putera Vatcharawee Mahidol (วัชรวีร์ มหิดล) lahir pada 14 Jun 1985
  5. Puteri Busyanambejra Mahidol (บุษย์น้ำเพชร มหิดล) lahir pada 8 Januari 1987

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1977
  • Sip ha yok yok sip hok mai yon
  • 15 หยก ๆ 16 ไม่หย่อน
  • Lueat nai din
  • เลือดในดิน
Kalong
1978
  • Saen saep
  • แสนแสบ
Choi
1979
  • Ai thuek
  • ไอ้ถึก
  • Hua chai thi chom din
  • หัวใจที่จมดิน
  • Roi thai
  • รอยไถ

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
tidak diketahui
  • Kot haeng kam
  • กฎแห่งกรรม
  • Manut pralat
  • มนุษย์ประหลาด
1977
  • Khom Phayabat
  • คมพยาบาท
Noi[7]
1978
  • Pa Khattakon
  • ป่าฆาตกร

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pavin Chachavalpongpun (15 December 2014). A Thai Princess' Fairy Tale Comes to an End. The Diplomat. Dicapai pada 6 April 2015. |script-title=: missing prefix tidak sah (bantuan)
  2. ^ Khita Phayathai (10 June 2010). Kaeo Atchariyakun and Thanit Polpraserth [ครูแก้ว อัจฉริยะกุล กับ ครูธนิต ผลประเสริฐ]. ASTV (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 6 April 2015. |script-title=: missing prefix tidak sah (bantuan)
  3. ^ อนุทินดารา. ไทยรัฐ. 27 สิงหาคม 2522. หน้า 4 (Thai)
  4. ^ Christy Campbell (20 October 1996). "Adultery Princess casts shadow on untouchables". Web archive. The Telegraph. Diarkib daripada yang asal pada 24 October 1996. Dicapai pada 20 July 2011. When the Queen and Putera Philip arrive in Bangkok next week to begin their state visit to Thailand they will find sanctuary from media salaciousness.
  5. ^ "Principessa Sirivannavari Nariratana di Thailandia". L'Uomo Vogue Italia (dalam bahasa Italian). 20 November 2013. Dicapai pada 6 April 2015.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  6. ^ Harriet Alexander (13 December 2014). Thailand's future uncertain as Princess loses royal status. The Telegraph. Dicapai pada 6 April 2015. |script-title=: missing prefix tidak sah (bantuan)
  7. ^ Nai Chaidi (20 Mei 2014). คมพยาบาท เมื่อรักกลายเป็น (แก้) แค้น [Khom Phayabat, Love to Vengeance.]. Post Today (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 15 April 2015. |script-title=: missing prefix tidak sah (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]