Pergi ke kandungan

Sirikit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sirikit
สิริกิติ์
سريکيتي
Yang Maha Mulia Permaisuri Balu Thailand
GelaranPemangku Raja Thailand (22 Oktober 1956 - 13 Oktober 2016)
Ratu Thailand (28 April 1950 - 22 Oktober 1956)
Mom Rajawongse Sirikit Kitiyakara (12 Ogos 1932 - 28 April 1950)
Pasangan28 April 1950 - 13 Oktober 2016
PasanganBhumibol Adulyadej
AnakandaPuteri Ubol Ratana, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, Puteri Maha Chakri Sirindhorn, Puteri Chulabhorn
Kerabat dirajaDinasti Chakri
AyahandaNakkhatra Mangkala Kitiyakara
BondaBua Snidwongse

Sirikit[a] atau nama penuh baginda Somdet Phra Nang Chao Sirikit Phra Borommarachininat (Bahasa Melayu : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Sirikit) (สมเด็จพระนางเจ้าสิริกิติ์ พระบรมราชินีนาถ; diputerikan pada 12 Ogos 1932) ialah permaisuri kepada Raja Bhumibol Adulyadej dan bonda kepada Vajiralongkorn raja penguasa Thailand.

Baginda diputerikan di rumah Jeneral Chao Phraya Wongsanuprapat (Mom Rajawongse Staan Snidwongse), datuknya di Bangkok.

Sirikit menerima pendidikan di Saint Francis Xavier iaitu sebuah sekolah Katholik. Beliau mempunyai seorang adik yang bernama Busba. Semasa kecil, bapanya menjadi duta di Perancis, Denmark dan United Kingdom. Oleh itu Sirikit menyambung pengajian di Switzerland.

Lahir sebagai Mom Rajawongse Sirikit Kitiyakara, baginda merupakan putera sulung Kolonel Mom Chao Nakkhatra Mangkala Kitiyakara; namanya sempena keluarga Kitiyakara. Ibunya bernama Mom Luang Bua Kitiyakara. Datuknya pula ialah Putera Kitiyakara Voralaksana.

Perkahwinan

[sunting | sunting sumber]

Ketika belajar di Switzerland, Sirikit telah bertemu dengan Raja Bhumibol Adulyadej yang juga belajar di sana. Apabila Bhumibol cedera akibat kemalangan motosikal dan dimasukkan ke Hospital Lausanne, Sirikit telah datang melawat dan menjaganya. Pada 19 Julai 1949, mereka bertunang di Lausanne. Pada Mac 1950, Bhumibol pulang ke Thailand dan pada 28 April mereka berkahwin di Istana Pathumwan, Bangkok.

Mereka mempunyai 4 orang putera-puteri iaitu :

Salah seorang cucunda mereka, Bhumi Jensen / Khun Poom terbunuh semasa gempa bumi Lautan Hindi 2004. Beliau anak Puteri Ubol Ratana dan suami Amerikanya, Peter Ladd Jensen.

  1. ^ Bahasa Thai: สิริกิติ์ [sì.rì.kìt] "Seri [Cahaya Keluarga] Kitiyakara, Sanskrit: श्रीकिट्टि, rumi: Shrikitti, Jawi: سريکيتي.

Templat:Tunas-bio-Thailand