Sukan Belia Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sukan Remaja Asia)
Sukan Belia Asia
SingkatanAYG
Edisi pertamaSukan Belia Asia 2009 di Singapura
Diadakan pada setiap4 tahun
Edisi terakhirSukan Belia Asia 2013 di Nanjing, China

Sukan Belia Asia atau Sukan Remaja Asia (bahasa Inggeris: Asian Youth Games), juga dikenali sebagai AYG, merupakan sebuah acara beraneka sukan yang diadakan setiap empat tahun di kalangan atlet dari seluruh Asia. Ia dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA). Temasya sukan tersebut disifatkan sebagai acara beraneka sukan kedua terbesar selepas Sukan Asia.

Penciptaan AYG adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010. Ia bertujuan untuk menunjukkan keupayaan dan infrastruktur organisasi Singapura.[1]

Dalam sejarahnya, dua negara pernah menganjurkan Sukan Belia Asia. Empat puluh lima negara pernah menyertai temasya Sukan tersebut.

Sukan Belia Asia yang terakhir telah diadakan di Nanjing, China dari 16 hingga 24 Ogos 2013 dan temasya sukan seterusnya akan diadakan di Tashkent, Uzbekistan pada 2025.

Senarai edisi Sukan Belia Asia[sunting | sunting sumber]

Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Asia" does not exist.

Edisi Tahun Bandar tuan rumah Negara tuan rumah Dibuka oleh Tarikh mula Tarikh tamat Negara Peserta Sukan Acara Pasukan juara Ruj.
I 2009 Singapura  Singapura Perdana Menteri Lee Hsien Loong 29 Jun 7 Julai 43 1,237 9 90  China (CHN) [2]
II 2013 Nanjing  Republik Rakyat China Timbalan Perdana Menteri Liu Yandong 16 Ogos 24 Ogos 45 2,404 16 122  China (CHN) [3]
2017 Asalnya diberikan kepada Hambantota, kemudian diberikan Jakarta, akhirnya dibatalkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA)
2021 Pada asalnya dianugerahkan kepada Shantou dan akhirnya dibatalkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) kerana pandemik COVID-19[4]
IV 2025 Tashkent  Uzbekistan Acara masa depan
V 2029 Phnom Penh  Kemboja Acara masa depan

Sukan[sunting | sunting sumber]

Secara rasminya, terdapat sejumlah 19 jenis sukan yang diadakan setakat hari ini dalam sejarah Sukan Belia Asia.

Sukan Tahun
Bola keranjang 3×3 Semua
Olahraga Semua
Badminton Sejak 2013
Bola tampar pantai 2009 sahaja
Boling 2009 sahaja
Terjun Semua
Lawan pedang Sejak 2013
Bola sepak Semua
Golf Sejak 2013
Bola baling Sejak 2013
Sukan Tahun
Judo Sejak 2013
Ragbi tujuh sebelah Sejak 2013
Lumba perahu layar 2009 sahaja
Menembak Semua
Skuasy Sejak 2013
Renang Semua
Ping pong Semua
Taekwondo Semua 2013
Tenis Semua 2013
Angkat berat Sejak 2013

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China (CHN)713935145
2 Korea Selatan (KOR)453031106
3 Thailand (THA)17221857
4 Singapura (SIN)14182153
5 Jepun (JPN)12111033
6 India (IND)871025
7 Taipei Cina (TPE)7132040
8 Hong Kong (HKG)7131838
9 Kazakhstan (KAZ)5101227
10 Korea Utara (PRK)56920
11 Vietnam (VIE)56213
12 Malaysia (MAS)46818
13 Kuwait (KUW)43512
14 Filipina (PHI)2417
15 Iran (IRI)19414
16 Qatar (QAT)1405
17 Uzbekistan (UZB)12811
18 Indonesia (INA)1236
19 Arab Saudi (KSA)1124
20 Yaman (YEM)1012
21 Syria (SYR)1001
22 Sri Lanka (SRI)0279
23 Iraq (IRQ)0112
 Makau (MAC)0112
 Tajikistan (TJK)0112
26 Jordan (JOR)0033
 Mongolia (MGL)0033
28 Bahrain (BRN)0022
29 Kyrgyzstan (KGZ)0011
 Myanmar (MYA)0011
 Pakistan (PAK)0011
Jumlah (31 negara)213211239663

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The inaugural Asian Youth Games 2009 | Infopedia". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2021-07-06.
  2. ^ "1st AYG Singapore 2009". OCA. Dicapai pada 29 June 2009.[pautan mati kekal]
  3. ^ "2nd AYG Nanjing 2013". OCA. Dicapai pada 16 August 2013.[pautan mati kekal]
  4. ^ "OCA Press Release on Hangzhou Asian Games 2022 and Shantou Asian Youth Games 2021". Majlis Olimpik Asia. 6 Mei 2022. Dicapai pada 6 Mei 2022.

Templat:EventsOCA Templat:Acara beraneka sukan