Sukan tanah tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sukan tanah tinggi (highland games) merupakan acara sukan yang diadakan pada musim bunga dan panas di Scotland (terutamanya di Tanah Tinggi Scotland) dan negara-negara lain bagi meraikan budaya negara tersebut serta budaya Celt secara umumnya.

Acara-acara ini dipercayai mempengaruhi Pierre de Coubertin dalam rancangannya menghidupkan semula acara Sukan Olimpik Moden semasa beliau menyaksikan suatu pertunjukan mengenai tersebut di Exposition Universelle tahun 1889.[1]

Acara yang diadakan[sunting | sunting sumber]

Antara sukan utama yang menjadi tumpuan temasya ini ialah:

  • Caber toss
  • Lontar batu (stone put): Sama gayanya seperti sukan lontar peluru tapi lebih menggunakan suatu batu besar dengan berat yang berbeza-beza bergantung kepada keadaan acara.
  • Scottish hammer throw: Hampir sama dengan sukan lontar tukul besi tapi menggunakan "tukul" yang berbeza spesifikasinya.
  • Lontar berat (Weight throw), menggunakan berat diperbuat daripada besi dan dipasangkan bersama pemegang (boleh juga disertakan dengan suatu rantai), di mana berat sebegini dibaling menggunakan satu tangan sahaja.
  • Weight over the bar
  • Balingan jerami (Sheaf toss): seikat jerami - seberat 20 paun (9.1 kg) untuk lelaki dan 10 paun (4.5 kg) untuk perempuan - terbungkus dalam suatu beg kanvas diangkat menggunakan garfu melepasi suatu palang, sepertimana dalam sukan lompat galah.

Acara lain yang tidak berkaitan dengan sukan turut diadakan seperti pertunjukan pancaragam begpaip, majlis tari-menari, pertunjukan perlawanan kesateria, pesta makanan dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Horne, Marc (25 April 2010). "Highland games were the model for modern Olympics". London: The Times. Dicapai pada 3 Mei 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]