Lontar peluru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Olahraga
Lontar peluru
Tomasz Majewski - 2. Memoriał Kamili Skolimowskiej - Warszawa, 2011-09-20.jpg
Juara Olimpik dua kali dari Poland Tomasz Majewski
Rekod lelaki
Dunia Amerika Syarikat Randy Barnes 23.12 m (1990)
Olimpik Amerika Syarikat Ryan Crouser 22.52 m (2016)
Rekod wanita
Dunia Kesatuan Soviet Natalya Lisovskaya 22.63 m (1987)
Olimpik Jerman Timur Ilona Slupianek 22.41 m (1980)
Pelontar peluru Czechoslovak Plihan di Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Jerman Timur 1957
Pelontar peluru di Universiti Nebraska, 1942, menunjukkan bulatan dan papan penahan
Pelontar peluru Czechoslovak Jiří Skobla menunjukkan teknik betul untuk meletakkan peluru berhampiran leher
Pelontar peluru dengan perwakilan bagi bulatan dan sektor yang dibenarkan
Kawasan lontar peluru

Lontar peluru (Tulisan Jawi: لونتر ڤلورو) merupakan acara balapan dan padang yang melibatkan "meletakkan" (menolak berbanding dengan melempar) objek sfera berat—peluru— sejauh yang boleh. Pertandingan lontar peluru bagi lelaki telah menjadi sebahagian daripada acara sukan Olimpik moden sejak kebangkitan mereka pada 1896, dan pertandingan wanita bermula pada tahun 1948.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

Peraturan dan pertandingan[sunting | sunting sumber]

Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.

Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.

Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]