Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
Sultan Kedah
Pemerintahan1854–1879
Didahului olehSultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I
Diikuti olehSultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah II
Keputeraan1832 (1832)
Georgetown, Pulau Pinang, Syarikat Hindia Timur Inggeris
Kemangkatan22 Jun 1879(1879-06-22) (umur 46–47)
Alor Setar, Kesultanan Kedah
PemakamanMakam Diraja Langgar
PasanganWan Tan binti Luang Nik Abidin
AnakandaSultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II
KerabatKedah
AyahandaSultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I
BondaWan Maheran

Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1832 – 22 Jun 1879) ialah Sultan Kedah ke-23 yang memerintah dari tahun 1854 sehingga tahun 1879. Baginda ialah putera Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I dengan Wan Maheran. Baginda berkahwin dengan Wan Tan binti Luang Nik Abidin, dan Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ialah putera baginda yang ditabalkan menjadi penggantinya.

Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ini, telah dibina Balai Nobat baharu yang terdiri daripada sebuah bangunan lima tingkat. Bangunan itu sepenuhnya dibina daripada kayu dengan atap zink.

Pada tahun 1878, baginda telah jatuh gering. Baginda meluangkan masa beberapa bulan di Bukit Pinang untuk menyembuhkan diri sebelum berangkat pulang ke Alor Setar pada Mac 1979. Baginda menjalankan tugasnya sebagai sultan sebelum akhirnya mangkat pada 22 Jun 1879.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gullick 1985, m/s. 122.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Kedah
1854-1879
Penyandang Kemudian
Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II