Pergi ke kandungan

Sultan Ahmad Tajuddin Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Tajuddin Shah
Sultan Perak ke-3
Sultan Perak
Pemerintahan15771584
Didahului olehSultan Mansur Shah I
Diikuti olehSultan Tajul Ariffin
Raja Muda Perak ke-2
Pemerintahan1548 - 1577
Raja Di-Hilir Perak
Pemerintahan1545 - 1547
Raja Di-Hulu Perak
Kemangkatan1584
Jalong, Perak
PemakamanGeronggong, Pulau Tiga, Perak, Malaya
AnakandaRaja Kecil Lasa Raja Inu
Nama penuh
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni Sultan Mansur Shah I
Nama selepas mangkat
Marhum Muda
KerabatPerak
AyahandaSultan Mansur Shah I
AgamaIslam

Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni Sultan Mansur Shah I (Jawi: سلطان احمد تاج الدين شاه ابن سلطان منصور شاه اmemerintah 1577-1584) merupakan Sultan Perak yang ke-3.

Setelah mangkat Sultan Mansur Syah I (Marhum Kota Lama Kanan), Sultan Perak yang ke-2, Orang-orang Besar Perak telah ke Negeri Acheh, menghadap Sultan Acheh. Sultan Acheh telah menghantar seorang raja yang akan menjadi Sultan Perak yang ke-3, bernama Raja Ali iaitu kekanda Sultan Acheh (Sultan Alauddin Mansur Syah) yang bergelar Sultan Ahmad Tajuddin Syah Ibni Sultan Mansur Syah I. Baginda bersemayam di Jalong, Mukim Sungai Siput, Daerah Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab tempat itu selalu banjir, Baginda berpindah ke Geronggong, Kampung Gajah, Mukim Pulau Tiga, Perak. Baginda menjadi Sultan pada tahun 1577 dan memerintah selama lebih kurang tujuh tahun. Baginda mangkat pada tahun 1584 bergelar "Marhum Muda" dan telah dimakamkan di Kampung Jawa, Kampung Gajah, Perak.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Sultan Mansur Syah I
Sultan Perak
1577 - 1584
Diikuti oleh:
Sultan Tajul Ariffin