Sultan Ataullah Muhammad Shah I
| Sultan Ataullah Muhammad Shah I عطاء الله محمد شاه | |
|---|---|
| Sultan Kedah | |
| Pemerintahan | 1423–1473 |
| Didahului oleh | Sultan Sulaiman Shah |
| Diikuti oleh | Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I |
| Kemangkatan | 15 Januari 1473 Kota Siputeh, Kedah |
| Pemakaman | Makam Diraja Kota Siputeh |
| Pasangan | Che' Puan Paduka Bonda Tengku Permaisuri |
| Anakanda | Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I Tunku Usman Tunku Putri Tunku Pok |
| Kerabat | Mahawangsa |
| Ayahanda | Sultan Sulaiman Shah |
| Agama | Islam |
Sultan Ataullah Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Sulaiman Shah (Jawi: سلطان عطاء الله محمد شاه ابن المرحوم سلطان سليمان شاه; mangkat 1473) ialah Sultan Kedah yang kelapan. Baginda merupakan putera kepada Sultan Sulaiman Shah I. Pada 24 Julai 1423, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah kelapan dan bersemayam di Kota Siputeh.[1]
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Sultan Ataullah Muhammad Shah mempunyai dua isteri, seorang bergelar Che' Puan Paduka Bonda manakala seorang lagi bergelar Tengku Permaisuri. Baginda bersama Che' Puan Paduka Bonda dikurniakan tiga orang anakanda, iaitu seorang putera bernama Tengku Muhammad Jiwa dan dua orang puteri bernama Tengku Puteri dan Tengku Po. Baginda bersama Tengku Permaisuri pula dikurniakan seorang putera bernama Tengku Usman.[1]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Sultan Ataullah Muhammad Shah telah bermuafakat dengan jemaah menteri baginda untuk mengangkat Tunku Mansur, adinda baginda sebagai Raja Muda Kedah bagi menggantikan Tunku Ahmad yang mangkat di Kota Sungai Mas. Baginda juga telah bermuafakat bersama jemaah menteri baginda untuk mengorek sebatang sungai dari Sungai Jerlun ke Alor Janggus, dari Alor Janggus ke Kubang Rotan dan berhubung dengan Sungai Mati. Kuala Sungai Mati pula tembus ke sungai besar Kuala Kedah untuk membuka kawasan bendang. Selepas lima tahun, baginda menitahkan untuk dikorek pula sebatang sungai dari Gunung Keriang sampai ke Sungai Besar Cegar, Anak Bukit juga untuk kegunaan bendang.[1][2]
Pada 15 Januari 1473 bersamaan 15 Syaaban 877 Hijrah, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Kota Siputeh.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c To' Kerani Mohd Arshad, Muhammad Hassan (1968). Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (PDF). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ Adil, Buyong (1980). Sejarah Kedah (PDF). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman semenjak tahun 1136M Diarkibkan 2014-09-02 di Wayback Machine
| Didahului oleh Sultan Sulaiman Shah |
Sultan Kedah 1422-1472 |
Diikuti oleh: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I |