Sultan Muhyiddin Mansur Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sultan Muhyiddin Mansur Shah adalah Sultan Kedah ke-14. Baginda merupakan putera kepada Tengku Hussain ibni Sultan Rijaluddin Muhammad Shah dan Che Puan Paduka Bonda Wan Fatima binti Dato’ Maharaja

Pada 4 Oktober 1654, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-14 dan bersemayam di Kota Naga

Baginda telah bermuafakat bersama Jemaah menterinya untuk mengangkat adindanya, Tengku Pengiran sebagai Raja Muda manakala Tengku Muhammad Akib sebagai Raja Bendahara bergelar Tengku Seri Paduka Maharaja Sura

Pada 6 April 1653, baginda bermuafakat bersama Jemaah menterinya untuk membangunkan sebuah kota bernama Kota Sena

Pada 24 Februari 1655, baginda bersama kaum kerabat dan Jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Sena dan bersemayam di sana setelah siap kota itu

Raja Muda Pengiran terus semayam di Kota Naga manakala Raja Bendahara Muhammad Akib di Kota Rentang

Pada 4 Januari 1662, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kampung Cegar, Jeram, Tunjang, Kedah

Didahului oleh
Sultan Rijaluddin Muhammad Shah
Sultan Kedah
1651-1661
Diikuti oleh:
Sultan Dziaddin Mukarram Shah