Sungai Abun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Abun
Sungei Abun, Sungai Abon
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiKampung Teh, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 3 dan 6 meter (9.8 dan 19.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 0.54 km (0.34 bt) ke timur-timur laut dari Kampung Sesok Baru, Daerah Mukah
 • koordinat
2°52′16″N 112°09′13″E / 2.87106°N 112.15355°E / 2.87106; 112.15355Koordinat: 2°52′16″N 112°09′13″E / 2.87106°N 112.15355°E / 2.87106; 112.15355
 • ketinggian
di antara 2 dan 4 meter (6.6 dan 13.1 ka)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[1][2]
JambatanJalan Negeri Q604

Sungai Abun (Jawi: سوڠاي ابون) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][3] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungai Abun pertama kali dipaparkan dalam peta topografi yang bernama Sarawak 1928 yang diterbitkan pada tahun 1928, dengan label nama "S. Abun". Peta ini diterbitkan oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat untuk Kerajaan Sarawak.[3] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Abun telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames secara rasmi pada 12 Ogos 2023. Pengenal pasti Sungai Abun dalam GeoNames ialah 12557094.[2] Nama lain bagi Sungai Abun yang dicatatkan ialah Sungei Abun dan Sungai Abon.[2]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Abun berpunca di kawasan perhutanan yang bertanah pamah di sekitar kawasan perkampungan Kampung Teh dalam Daerah Mukah, Sarawak. Pergerakan Sungai Abun adalah kebanyakan ke bahagian barat laut untuk bercamtum dengan Batang Mukah dan mengalir terus ke Laut China Selatan sebagai penamat Sungai Abun. Muara bagi Sungai Abun terletak lebih kurang 0.54 kilometer (0.3 bt) ke bahagian timur-timur laut dari kawasan perkampungan Kampung Sesok Baru. Muara sungai ini juga terletak bertentangan dengan Tanjung Sesok (atau Tanjong Sesok).[2][3] Punca bagi Sungai Abun terletak di ketinggian di antara 3 dan 6 meter (9.8 dan 19.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Abun pula terletak di ketinggian di antara 2 dan 4 meter (6.6 dan 13.1 ka) dari atas paras laut.[2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Abun merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[1] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Sesok dan Sungai Ilas.[2][3]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Abun.[4] Kawasan lembah Sungai Abun dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, pengangkutan, dan pertanian.[4] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Abun termasuk Kampung Sesok, Kampung Sesok Baru, dan Kampung Teh.[2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Sesok, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Ilas, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h "Sungai Abun, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 12 Ogos 2023. Dicapai pada 20 Ogos 2023.
  3. ^ a b c d e Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (1928). Sarawak 1928 (Peta). Dicapai melalui National Archive of Singapore pada 20 Ogos 2023.
  4. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.