GeoNames

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paparan antara muka laman utama GeoNames dalam bahasa Inggeris.
Kepadatan data GeoNames pada tahun 2006.

GeoNames (atau GeoNames.org) ialah pangkalan data geografi yang boleh disunting oleh pengguna berdaftar dan boleh diakses melalui pelbagai perkhidmatan web, di bawah lesen atribusi Creative Commons. Projek ini diasaskan pada akhir tahun 2005.[1] Set data GeoNames berbeza daripada, tetapi merangkumi beberap data geografi daripada, Pelayan Nama GEOnet, pangkalan data geografi oleh Kerajaan Amerika Syarikat yang dinamakan serupa.[2]

Pangkalan data GeoNames mengandungi lebih 25,000,000 nama geografi yang disepadankan dengan lebih 11,800,000 ciri-ciri yang unik.[3] Semua ciri-ciri yang terkandung dalam pangkalan data ini dikategorikan ke dalam salah satu daripada sembilan kelas ciri-ciri atau kategori utama geografi dan selanjutnya disubkategorikan kepada salah satu dalam 645 buah kod ciri-ciri atau kategori kecil. Pangkalan data GeoNames merangkumi data nama lain bagi sesebuah item, latitud, longitud, ketinggian atas min aras laut, populasi, kawasan pecahan pentadbiran seperti negeri, daerah, mukim, kaunti dan sebagainya dan poskod. Semua koordinat menggunakan Sistem Geodetik Dunia 1984 (WGS84).

Data tersebut boleh diakses secara percuma melalui beberapa perkhidmatan web dan eksport pangkalan data harian.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Marc Wick: Geek of the Week". Simple Talk (dalam bahasa Inggeris). 2009-05-06. Dicapai pada 1 Julai 2020.
  2. ^ "Datasources used by GeoNames in the GeoNames Gazetteer". Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  3. ^ "GeoNames web site" (dalam bahasa Inggeris). Geonames.org. Dicapai pada 8 September 2018.
  4. ^ "GeoNames API" (dalam bahasa Inggeris). ProgrammableWeb. Dicapai pada 8 September 2018.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ahlers, Dirk (2013), "Assessment of the accuracy of GeoNames gazetteer data", Proceedings of the GIR Workshop, m/s. 74–81, CiteSeerX 10.1.1.722.8740
  • Singh, Sanket Kumar; Rafiei, Davood (2018), "Strategies for Geographical Scoping and Improving a Gazetteer", Proceedings of the Web Conference (PDF), m/s. 1663–1672

Pautan luar[sunting | sunting sumber]