Sungai Batu Mansau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Batu Mansau
Anak sungai kepada Batang Mukah
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 1.7 km (1.1 bt) ke selatan-barat daya dari Rumah Gayot
 • koordinat2°16′49″N 112°28′27″E / 2.280189°N 112.474073°E / 2.280189; 112.474073
 • ketinggiankira-kira 180–190 m (590–620 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 0.4 km (0.2 bt) ke barat daya dari Rumah Gayot
 • koordinat
2°17′41″N 112°36′01″E / 2.29463°N 112.6004°E / 2.29463; 112.6004Koordinat: 2°17′41″N 112°36′01″E / 2.29463°N 112.6004°E / 2.29463; 112.6004
 • ketinggian
kira-kira 70–80 m (230–260 ka)
Panjang2.5 km (1.6 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Mukah
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiMukah[2]
Peta topografiJUPEM Punjut Langi (DNMM5201)

Sungai Batu Mansau (Jawi: سوڠاي باتو منساو) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Batu Mansau merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Sungai Batu Mansau juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah (Sungai Mukah) dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Toponim Sungai Batu Mansau pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Batu Mansau".[1][2] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Batu Mansau dalam GeoNames ialah 1780718.[3] Sungai Batu Mansau juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Batu Mansau.[3]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Batu Mansau berpunca di sekitar kawasan perhutanan primer di dalam Daerah Selangau, Sarawak di kemuncak Bukit Tempuan. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 1.7 km (1.1 bt) ke arah selatan-barat daya dari kawasan Rumah Gayot. Ketinggian di punca bagi Sungai Batu Mansau ialah di antara 180 dan 190 m (590.6 dan 623.4 ka) dari atas permukaan laut. Terletak juga berhampiran dengan sumber Sungai Tapang Nyimbong. Pergerakkan Sungai Batu Mansau pada umumnya akan menuju ke bahagian timur laut kemudian ke arah barat laut untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 2.9 km (1.8 bt) ke arah tenggara dari Rumah Pengarah, Sarawak di ketinggian di antara 70 dan 80 m (229.7 dan 262.5 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Batu Mansau dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Mukah ialah kira-kira 2.5 km (1.6 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Batu Mansau merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Sawa Kecil dan Sungai Sawa Besar.[2][3] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Batu Mansau.[4] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Batu Mansau dilitupi dengan kawasan perhutanan, dan semak belukar.[4][5] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Batu Mansau namun Rumah Gayot dan Rumah Indong anak Kulu merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Bandar yang terletak berhampiran dengan Sungai Batu Mansau ialah Song, yang terletak di bahagian selatan dari sungai ini.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d "Sungai Batu Mansau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  4. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  5. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.