Sungai Betai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Betai
Anak sungai kepada Batang Oya
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianMukah
DaerahDalat
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke timur laut dari Kampung Balan Hulu
 • koordinat2°48′18″N 111°55′12″E / 2.805039°N 111.919864°E / 2.805039; 111.919864
 • ketinggiankira-kira 0–10 m (0–33 ka)
MuaraBatang Oya 
 • lokasi
kira-kira 0.2 km (0.1 bt) ke timur dari Kampung Balan Seberang
 • koordinat
2°48′04″N 111°54′55″E / 2.80119°N 111.91518°E / 2.80119; 111.91518Koordinat: 2°48′04″N 111°54′55″E / 2.80119°N 111.91518°E / 2.80119; 111.91518
 • ketinggian
kira-kira 0–10 m (0–33 ka)
Panjang1 km (0.62 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Oya
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Oya → Laut China Selatan
Sistem sungaiOya[3]
Peta topografiJUPEM Kampung Masjid (DNMM5201)

Sungai Betai (Jawi: سوڠاي بتاي) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Betai merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Dalat dalam Bahagian Mukah. Sungai Betai juga merupakan anak sungai kepada Batang Oya (Sungai Oya) dalam Bahagian Mukah.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Toponim Sungai Betai pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Beta".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Betai dalam GeoNames ialah 1751337.[4] Sungai Betai juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Betai, Sungai/Sungei Betie dan Sungai/Sungei Beta.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Betai berpunca di sekitar kawasan perhutanan berpaya air masin di dalam Daerah Dalat, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 0.8 km (0.5 bt) ke arah timur laut dari kawasan Kampung Balan Laut. Ketinggian di punca bagi Sungai Betai ialah di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Betai pada umumnya akan menuju ke bahagian barat daya untuk bercamtum dengan Batang Oya sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 0.2 km (0.1 bt) ke arah timur dari Kampung Balan Seberang, Sarawak di ketinggian di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Kuala Sungai Betai terletak bertentangan dengan Tanjung Balan. Panjang keseluruhan Sungai Betai dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Oya ialah kira-kira 1 km (0.62 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Betai merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Oya yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Oya terletak di antara Sungai Sekui Besar dan Sungai Bunut.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 ke 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Betai.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Betaidilitupi dengan kawasan perhutanan dan dusun buah-buahan bercampur.[5][6] Ada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Betai iaitu Kampung Balan Hulu dan Kampung Balan. Kampung Balan Seberang, Kampung Balan Dungus, Kampung Balan Takar dan Kampung Balan Hilir pula merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Pekan yang terletak berhampiran dengan Sungai Betai ialah Oya, yang terletak di bahagian utara dari sungai ini.[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Kampung Masjid (170). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Betai, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 30 Oktober 2023. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.