Sungai Kapuas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kapuas
Sungai Kapuas dilihat dari Jembatan Kapuas
Lokasi
NegaraIndonesia
Ciri-ciri fizikal
MuaraSelat Karimata, Laut China Selatan
Ciri-ciri lembangan
Sistem sungaiKapuas basin

Sungai Kapuas adalah terletak di Kalimantan Barat, Indonesia. Dengan panjang lebih kurang 1,143 km, itu adalah sungai terpanjang di Indonesia, dan merupakan sungai utama di bahagian barat Borneo. Sungai ini juga merupakan sungai di sebuah pulau yang terpanjang di dunia, iaitu sedikit lebih panjang dari Sungai Sepik.

Punca sungai ini bermula dari Pergunungan Kapuas Hulu di Kalimantan Barat yang berhampiran dengan sempadan Sarawak, Malaysia, dan mengalir ke barat. Sungai ini bermuara di Laut natuna, hampir 20 km sebelah selatan bandar Pontianak. Sungai mengalir ke daerah Tasik Sentarum yang luas, iaitu suatu takungan luas tanah lembab dan tasik air tawar yang dilindungi, dan sesekali juga membanjiri hutan.

Dapat dilayari hingga sebahagian besar panjangnya, Sungai Kapuas merupakan saluran pengangkutan penting di Kalimantan Barat untuk pengangkutan keluar kayu balak dari pedalaman pulau, dan untuk menuju kepada perkampungan penduduk di sepanjang sungai. Sungai ini mempunyai satu jambatan di atasnya, dekat Sanggau lebih kurang empat ratus kilometer dari mulut sungai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]