Sungai Leban Kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Leban Kecil
Sungei Leban Kechil, Sungai Leban Kechil, Sungai Leban
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 0.88 km (0.55 bt) ke barat dari Ladang Kelapa SaWit FELCRA, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 3 dan 6 meter (9.8 dan 19.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Kampung Tabau, Daerah Mukah
 • koordinat
2°51′38″N 112°09′46″E / 2.86049°N 112.16273°E / 2.86049; 112.16273Koordinat: 2°51′38″N 112°09′46″E / 2.86049°N 112.16273°E / 2.86049; 112.16273
 • ketinggian
di antara 2 dan 4 meter (6.6 dan 13.1 ka)
Panjang1.30 kilometer (0.8 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
JambatanJalan Negeri Q604
Peta topografiJUPEM Mukah (DNMM5201)
JUPEM Kampung Tebakang Dayak (MY512A)

Sungai Leban Kecil (Jawi: سوڠاي لبن كچيل) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an dengan label nama "S. Leban Kechil".[4] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Leban Kecil telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 2 Jun 2023. Pengenal pasti Sungai Leban Besar dalam GeoNames ialah 12534704.[5] Nama lain bagi Sungai Leban Kecil yang dicatatkan ialah Sungei Leban Kechil, Sungai Leban Kechil dan Sungai Leban.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Leban Kecil berpunca di sekitar kawasan perhutanan yang bertanah pamah tidak juah dari Ladang Kelapa Sawit FELCRA dalam Daerah Mukah, Sarawak iaitu lebih kurang 0.88 kilometer (0.5 bt) ke bahagian barat dari ladang tersebut. Pergerakan Sungai Leban Kecil adalah kebanyakan ke arah barat daya untuk bercamtum dengan Batang Mukah dan mengalir terus ke Laut China Selatan sebagai penamat Sungai Leban Kecil. Sebelum bermuara, sungai ini akan direntasi oleh Jalan Negeri Q604. Muara bagi Sungai Leban Kecil terletak di dalam kawasan perkampungan Kampung Tabau.[1][2]

Sungai ini mengalir sepanjang kira-kira 1.3 kilometer (0.8 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Leban Kecil terletak di ketinggian di antara 3 dan 6 meter (9.8 dan 19.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Leban Kecil pula terletak di ketinggian di antara 2 dan 4 meter (6.6 dan 13.1 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Leban Kecil merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[3][4] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Leban Besar dan Sungai Tabo.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Leban Kecil.[6] Kawasan lembah Sungai Leban Kecil pula dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, pengangkutan, dan pertanian.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Leban Kecil termasuk Kampung Teh, Kampung Teh Lajak dan Kampung Tabau.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Leban Besar, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Tabo, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2006). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Mukah (171)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  5. ^ a b c d "Sungai Leban Kecil, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 2 Jun 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.