Sungai Matap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Matap
Sungei Matap, Sungai Metaap, Sungai Meta-ap
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiHutan Simpan Kenyana, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 3 dan 6 meter (9.8 dan 19.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 0.55 km (0.34 bt) ke timur laut dari Kampung Sesok Baru, Daerah Mukah
 • koordinat
2°50′23″N 112°11′16″E / 2.83968°N 112.18774°E / 2.83968; 112.18774Koordinat: 2°50′23″N 112°11′16″E / 2.83968°N 112.18774°E / 2.83968; 112.18774
 • ketinggian
di antara 2 dan 4 meter (6.6 dan 13.1 ka)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[1][2]

Sungai Matap (Jawi: سوڠاي ماتڤ) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][3] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sungai Matap pertama kali dipaparkan dalam peta topografi yang bernama Sarawak 1928 yang diterbitkan pada tahun 1928, dengan label nama "S. Matap". Peta ini diterbitkan oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat untuk Kerajaan Sarawak.[3] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Matap telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames secara rasmi pada 19 Ogos 2023. Pengenal pasti Sungai Matap dalam GeoNames ialah 12534708.[2] Nama lain bagi Sungai Matap yang dicatatkan ialah Sungei Matap, Sungai Metaap, dan Sungai Meta-ap.[2][4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Matap berpunca di kawasan perhutanan yang bertanah pamah di Hutan Simpan Kekal Kenyana dalam Daerah Mukah, Sarawak. Pergerakan Sungai Matap adalah kebanyakan ke bahagian selatan untuk bercamtum dengan Batang Mukah dan mengalir terus ke Laut China Selatan sebagai penamat Sungai Matap. Muara bagi Sungai Matap terletak lebih kurang 0.55 kilometer (0.3 bt) ke bahagian timur laut dari kawasan perkampungan yang terhampir iaitu Kampung Sau. Muara sungai ini juga terletak bertentangan dengan Tanjung Pa-an (atau Tanjong Pa-an).[2][3] Punca bagi Sungai Matap terletak di ketinggian di antara 3 dan 6 meter (9.8 dan 19.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Matap pula terletak di ketinggian di antara 2 dan 4 meter (6.6 dan 13.1 ka) dari atas paras laut.[2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Matap merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[1] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Metapus dan Sungai Jelai.[2][3]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Matap.[5] Kawasan lembah Sungai Matap dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, dan pertanian.[4][5] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Matap ialah Kampung Sau dan Kampung Sekai sahaja.[2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Metapus, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Jelai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h "Sungai Matap, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 19 Ogos 2023. Dicapai pada 22 Ogos 2023.
  3. ^ a b c d e Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (1928). Sarawak 1928 (Peta). Dicapai melalui National Archive of Singapore pada 20 Ogos 2023.
  4. ^ a b Survey Department Federation of Malay, Land and Survey Department Sarawak [Jabatan Survei Persekutuan Tanah Melayu, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak] (Jun 1956). Land use map of Sarawak and Brunei (Sarawak Series No. 10) (Peta). 1:250,000. Dicapai melalui Trove pada 20 Ogos 2023.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.