Sungai Nasah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Nasah
Sungei Nasah
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira satu kilometer ke tenggara dari Kampung Tellian Daya, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 0 dan 2 meter (0.0 dan 6.6 ka)
MuaraSungai Tellian 
 • lokasi
Kampung Tellian Daya, Daerah Mukah
 • koordinat
2°52′10″N 112°06′19″E / 2.86955°N 112.10515°E / 2.86955; 112.10515Koordinat: 2°52′10″N 112°06′19″E / 2.86955°N 112.10515°E / 2.86955; 112.10515
 • ketinggian
di antara 0 dan 2 meter (0.0 dan 6.6 ka)
Panjang0.62 kilometer (0.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tellian → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Mukah (DNMM5201/MY512A)

Sungai Nasah (Jawi: سوڠاي ناسه) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Tellian.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[3] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Nasah telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1753763.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Nasah berpunca di sekitar kawasan pertanian yang bertanah pamah di dalam Daerah Mukah, Sarawak. Punca bagi Sungai Nasah terletak satu kilometer ke bahagian tenggara dari Kampung Telian Daya. Sungai Nasah akan mengalir ke barat menuju ke muara di Sungai Tellian secara melintang. Setibanya di penamat Sungai Nasah, sungai ini akan bercamtum dengan Sungai Tellian yang juga merupakan anak sungai Batang Mukah. Muara bagi Sungai Nasah terletak di dalam kawasan perkampungan Kampung Telian Daya, Daerah Mukah.[1][2]

Sungai Nasah mengalir sepanjang kira-kira 0.62 kilometer (0.4 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca dan muara sungai bagi Sungai Nasah mempunyai ketinggian yang sama iaitu di antara 0 dan 2 meter (0.0 dan 6.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Nasah merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah. Sungai Nasah juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tellian yang mengalir terus ke Batang Mukah.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Melai dan Sungai Nukang.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Nasah.[6] Kawasan lembah Sungai Nasah dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, pengangkutan dan pertanian.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Nasah termasuk Kampung Telian Daya dan Kampung Tellian Hulu.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Melai, anak sungai Sungai Tellian berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Nukang, anak sungai Sungai Tellian berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  4. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c "Sungai Nasah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.