Sungai Pelanduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Pelanduk
سوڠاي ڤلندوق
Sungei Pelandok, Sungai Pelanduk, Sg. Pelandok
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Jerantut
MukimUlu Tembeling
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit tanpa nama
 • lokasiKawasan perhutanan di Ulu Tembeling dan berdekatan sempadan Mukim Pulau Tawar–Ulu Tembeling
 • koordinat4°03′25″N 102°40′17″E / 4.056955°N 102.671348°E / 4.056955; 102.671348
 • ketinggianDi antara 620 dan 630 m (2,030 dan 2,070 ka)
MuaraSungai Tekai 
 • lokasi
Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling
 • koordinat
4°05′12″N 102°41′22″E / 4.086577°N 102.68933°E / 4.086577; 102.68933Koordinat: 4°05′12″N 102°41′22″E / 4.086577°N 102.68933°E / 4.086577; 102.68933
 • ketinggian
Di antara 0 dan 20 m (0 dan 66 ka)
Panjang3.79 km (2.35 bt)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tekai → Sungai TembelingSungai PahangLaut Cina Selatan
Sistem sungaiSungai Tekai
Peta topografiJUPEM Sungai Tekai (MY502A)

Sungai Pelanduk (Jawi: سوڠاي ڤلندوق; ataupun dikenali juga sebagai Sungei Pelandok) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Pelanduk juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungai Pelanduk telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu Malaysia, 1;63 360 siri L7010 yang diterbitkan pada tahun 1966. Sungai Pelanduk juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Sungai Tekai dengan nombor lembar BV31.[3][4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Pelanduk berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Sungai ini juga berdekatan bersama kawasan perhutanan sekunder, belukar, riung dan jerami dan salah satu lembangan sungai ini berpunca daripada kawasan perhutanan tersebut.[4] Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Pelanduk dan terus mengalir ke Sungai Tembeling.[1][5]

Sungai Pelanduk mengalir sepanjang kira-kira 3.79 km (2.35 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya.[5] Punca bagi Sungai Pelanduk terletak ketinggiannya di antara 620 dan 630 m (2,030 dan 2,070 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 0 dan 20 m (0 dan 66 ka) dari paras laut.[3][4]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Pelanduk merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Ulu Tembeling.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Kerum dan Sungai Pancur.[1][4] Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Pelanduk.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Pelanduk dillitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada petempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Sungai Pelanduk, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  3. ^ a b Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1966); Malaysia, Pahang, Sungai Tekai. 1:63 360. L7010.
  4. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013); Sungai Tekai (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV31. MY502A.
  5. ^ a b c "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 5 Mac 2024.