Sungai Peruwin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Peruwin
سوڠاي ڤروءين
Sungei Peruwin, Sg. Peruwin
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Jerantut
MukimTembeling
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit tanpa nama
 • lokasiKawasan perhutanan di Tembeling
 • koordinat4°15′32″N 102°25′04″E / 4.259004°N 102.417824°E / 4.259004; 102.417824
 • ketinggianDi antara 220 dan 240 m (720 dan 790 ka)
MuaraSungai Tekai 
 • lokasi
Kawasan perhutanan di Tembeling
 • koordinat
4°15′41″N 102°23′55″E / 4.261335°N 102.398508°E / 4.261335; 102.398508Koordinat: 4°15′41″N 102°23′55″E / 4.261335°N 102.398508°E / 4.261335; 102.398508
 • ketinggian
Di antara 0 dan 10 m (0 dan 33 ka)
Panjang5.39 km (3.35 bt)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tekai → Sungai TembelingSungai PahangLaut Cina Selatan
Sistem sungaiSungai Tekai
Peta topografiJUPEM Mela (MY502A)

Sungai Peruwin (Jawi: سوڠاي ڤروءين) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Peruwin juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang. [1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungai Peruwin telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Malaysia 1:63,360 siri L7010 yang telah diterbitkan pada tahun 1967 bagi cetakan pertama dan 1972 bagi cetakan kedua. Sungai Peruwin juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, dalam Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Mela dengan nombor lembar AZ42. [3][4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Peruwin berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Laluan sungai ini juga bakal melalui di bawah jambatan Jalan Kuala Tahan. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Peruwin dan terus mengalir ke Sungai Tembeling. [1][5]

Sungai Peruwin mengalir sepanjang kira-kira 5.39 km (3.35 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya. [5] Punca bagi Sungai Peruwin terletak ketinggiannya di antara 220 dan 240 m (720 dan 790 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 0 dan 10 m (0 dan 33 ka) dari paras laut. [3]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Peruwin merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Tembeling.[3][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Ranjang dan Sungai Penut.[1][3][5] Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Peruwin.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Peruwin dilitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada petempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut namun Kampung Chemetung merupakan kawasan yang berdekatan berhampiran Sungai Peruwin yang terletak di bahagian barat dari sungai ini.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Sungai Peruwin, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  3. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1967 & 1972); Malaysia, Pahang, Kuala Tembeling, 1:63,360 (Peta Topografi, Cetakan Terhad). 1:63 360. 69. L7010 (Cetakan Pertama & Kedua).
  4. ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Mela (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. AZ42. MY502A.
  5. ^ a b c d "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 18 Oktober 2023.