Sungai Sepaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Sepaan
Anak sungai kepada Batang Oya
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianMukah
DaerahDalat
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 1 km (0.6 bt) ke barat daya dari Kampung Tanam Seberang
 • koordinat2°46′12″N 111°55′24″E / 2.769931°N 111.923428°E / 2.769931; 111.923428
 • ketinggiankira-kira 0–10 m (0–33 ka)
MuaraBatang Oya 
 • lokasi
kira-kira 0.2 km (0.1 bt) ke selatan dari Kampung Tanam
 • koordinat
2°46′19″N 111°55′53″E / 2.77188°N 111.93127°E / 2.77188; 111.93127Koordinat: 2°46′19″N 111°55′53″E / 2.77188°N 111.93127°E / 2.77188; 111.93127
 • ketinggian
kira-kira 0–10 m (0–33 ka)
Panjang1.3 km (0.81 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Oya
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Oya → Laut China Selatan
Sistem sungaiOya[3]
Peta topografiJUPEM Kampung Masjid (DNMM5201)

Sungai Sepaan (Jawi: سوڠاي سڤاءن) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Sepaan merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Dalat dalam Bahagian Mukah. Sungai Sepaan juga merupakan anak sungai kepada Batang Oya (Sungai Oya) dalam Bahagian Mukah.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Toponim Sungai Sepaan pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Sepaan".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Sepaan dalam GeoNames ialah 1744733.[4] Sungai Sepaan juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Sepaan.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Sepaan berpunca di sekitar kawasan perladangan rumbia di dalam Daerah Dalat, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 1 km (0.6 bt) ke arah barat daya dari kawasan Kampung Tanam Seberang. Ketinggian di punca bagi Sungai Sepaan ialah di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Sepaan pada umumnya akan menuju ke bahagian timur untuk bercamtum dengan Batang Oya sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 200 m (0.1 bt) ke arah selatan dari Kampung Tanam, Sarawak di ketinggian di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Sepaan dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Oya ialah kira-kira 1.3 km (0.81 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Sepaan merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Oya yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Oya terletak di antara Sungai Lotie dan Sungai Tanam.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sepaan.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Sepaan dilitupi dengan kawasan perhutanan, pertanian iaitu pokok rumbia dan padang rumput.[5][6] Kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Sepaan ialah Kampung Tanam Seberang. Selain itu juga, Kampung Tanam merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Pekan yang terletak berhampiran dengan Sungai Sepaan ialah Dalat, yang terletak di bahagian tenggara dari sungai ini.[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Lotie, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Tanam, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Kampung Masjid (170). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Sepaan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.