Sungai Tembadak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Tembadak
سوڠاي تمبادق
Sungei Tembadak, Sg. Tembadak
Sungai Tembadak is located in Bumi
Sungai Tembadak
Sungai Tembadak (Bumi)
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Jerantut
MukimUlu Tembeling
Ciri-ciri fizikal
SumberBanjaran Gunung Laris
 • lokasiKawasan perhutanan di Ulu Tembeling
 • koordinat4°11′17″N 102°36′40″E / 4.188075°N 102.611119°E / 4.188075; 102.611119
 • ketinggianDi antara 560 dan 580 m (1,840 dan 1,900 ka)
MuaraSungai Tekai 
 • lokasi
Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling
 • koordinat
4°09′44″N 102°36′21″E / 4.162343°N 102.605929°E / 4.162343; 102.605929Koordinat: 4°09′44″N 102°36′21″E / 4.162343°N 102.605929°E / 4.162343; 102.605929
 • ketinggian
Di antara 80 dan 100 m (260 dan 330 ka)
Panjang3.36 km (2.09 bt)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tekai → Sungai TembelingSungai PahangLaut Cina Selatan
Sistem sungaiSungai Tekai
Peta topografiJUPEM Sungai Tekai (MY502A)

Sungai Tembadak (Jawi: سوڠاي تمبادق) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Tembadak juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungai Tembadak telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Malaysia 1:63,360 siri L7010 yang telah diterbitkan pada tahun 1966. Sungai Tembadak juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, dalam Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Sungai Tekai dengan nombor lembar BV31.[3][4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Tembadak berpunca daripada kawasan perhutanan yang berhutan sekunder, belukar, riung dan jerami di banjaran Gunung Laris di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Tembadak dan terus mengalir ke Sungai Tembeling.[1][5]

Sungai Tembadak mengalir sepanjang kira-kira 3.36 km (2.09 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya.[5] Punca bagi Sungai Tembadak terletak ketinggiannya di antara 560 dan 580 m (1,840 dan 1,900 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 80 dan 100 m (260 dan 330 ka) dari paras laut.[4]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Tembadak merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Ulu Tembeling.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak di antara Sungai Mangking dan Sungai Kemertuk.[1][4]  Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Tembadak.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Tembadak dilitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada penempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Sungai Tembadak, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  3. ^ Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1966); Malaysia, Pahang, Sungai Tekai, 1:63,360 (Peta Topografi). 1:63 360. L7010.
  4. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Sungai Tekai (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV31. MY502A.
  5. ^ a b c "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 7 Februari 2024.