Sungai Ulun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Ulun
Anak sungai kepada Batang Oya
Sungai Ulun is located in Bumi
Sungai Ulun
Sungai Ulun (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianMukah
DaerahDalat
Daerah kecilOya
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 1.8 km (1.1 bt) ke barat daya dari Kampung Bakong
 • koordinat2°50′09″N 111°52′53″E / 2.835953°N 111.881293°E / 2.835953; 111.881293
 • ketinggiankira-kira 0–10 m (0–33 ka)
MuaraBatang Oya 
 • lokasi
kira-kira 0.2 km (0.1 bt) ke barat daya dari Kampung Terus
 • koordinat
2°50′13″N 111°53′41″E / 2.83682°N 111.89473°E / 2.83682; 111.89473Koordinat: 2°50′13″N 111°53′41″E / 2.83682°N 111.89473°E / 2.83682; 111.89473
 • ketinggian
kira-kira 0–10 m (0–33 ka)
Panjang2.3 km (1.4 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Oya
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Oya → Laut China Selatan
Sistem sungaiOya[3]
Peta topografiJUPEM Kampung Masjid (DNMM5201)

Sungai Ulun (Jawi: سوڠاي اولون) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Ulun merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Dalat dalam Bahagian Mukah. Sungai Ulun juga merupakan anak sungai kepada Batang Oya (Sungai Oya) dalam Bahagian Mukah.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Toponim Sungai Ulun pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Ulun".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Ulun dalam GeoNames ialah 1738371.[4] Sungai Ulun juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Ulun.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Ulun berpunca di sekitar kawasan perhutanan berpaya air masin di dalam Daerah Dalat, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 1.8 km (1.1 bt) ke arah barat daya dari kawasan Kampung Bakong berdekatan dengan Skim Tanaman Padi dan Rumbia Tanjung Lupeh. Ketinggian di punca bagi Sungai Ulun ialah di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Ulun pada umumnya akan menuju ke bahagian selatan di bahagian hulu dan membengkok ke timur laut untuk bercamtum dengan Batang Oya sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 0.2 km (0.1 bt) ke arah barat daya dari Kampung Terus, Sarawak di ketinggian di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Kuala Sungai Ulun terletak bertentangan dengan Tanjung Latib. Panjang keseluruhan Sungai Ulun dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Oya ialah kira-kira 2.3 km (1.4 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Ulun merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Oya yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Oya terletak di antara Sungai Ribuk dan Sungai Kersa.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 ke 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Ulun.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Ulun dilitupi dengan kawasan perhutanan dan pertanian, iaitu kawasan penanaman buah-buahan bercampur.[5][6] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Ulun tetapi Kampung Bakong, Kampung Patok dan Kampung Terus merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Pekan yang terletak berhampiran dengan Sungai Ulun ialah Oya, yang terletak di bahagian utara dari sungai ini.[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Ribuk, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Kersa, anak sungai Batang Oya berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Kampung Masjid (170). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Ulun, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 30 Oktober 2023. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.