Suri Hati Mr. Pilot (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suri Hati Mr. Pilot
Umum
PengarangDyla Dyna
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitKaki Novel
Tarikh penerbitan
April 2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman625
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670874258

Suri Hati Mr. Pilot ialah sebuah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Dyla Dyna diterbitkan pada April 2016 oleh Kaki Novel.[1][2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2016.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad! “Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz? “Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Suri Hati Mr. Pilot telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama pada 10 Oktober 2016 di Astro Ria, dibintangi oleh Fattah Amin dan Neelofa. Drama ini berjaya memegang rekod penarafan paling tinggi, iaitu sebanyak 9.5 juta dalam sejarah drama Malaysia. Ia turut melahirkan sebuah telefilem khas Aidilfitri, Suri Hati Mr. Pilot Raya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dyla Dyna (2016). Suri Hati Mr. Pilot. Kaki Novel. ISBN 9789670874258.
  2. ^ Suri Hati Mr. Pilot by Dyla Dyna Goodreads. Dicapai pada 1 Februari 2017.
  3. ^ Farhana Fuad (1 November 2016). "Penangan Drama Suri Hati Mr.Pilot". EH!. Dicapai pada 19 Januari 2017.