Suri Hati Mr. Pilot
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (September 2017) |
Suri Hati Mr. Pilot | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Pengarah | Michael Ang & Hadith Omar |
Dibintangi | Fattah Amin Neelofa Ben Amir Azar Azmi Alvin Chong Eleena Sui Mas Khan Aleza Shadan Nina Juren Alif Satar Aldi Dliyaulhaque |
Lagu pembukaan | Selamanya Cinta nyanyian Alif Satar & Shila Amzah |
Lagu penutup | Selamanya Cinta nyanyian Alif Satar & Shila Amzah |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 16 episod |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Khamis, 10PM (1 jam) |
Syarikat penerbitan | Cube Film Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot Drama Ria) |
Siaran asal | 10 Oktober 2016 – 3 November 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Abang Bomba I Love You |
Diikuti oleh | Awak Sangat Nakal |
Suri Hati Mr. Pilot merupakan sebuah drama yang ditayangkan di slot drama Isnin hingga Khamis 10 malam Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Drama ini ialah adaptasi sebuah novel Suri Hati Mr. Pilot terbitan Kaki Novel Enterprise karya Dyla Dyna. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang dan Hadith Omar. Diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Drama ini turut dibintangi oleh Eleena Sui, Alvin Chong, Mas Khan, Aleeza Shadan, Nina Juren, dan ramai lagi. Episod pertama drama ini berjaya mendapat 5.5 juta tontonan dan mencatat rekod tontonan tertinggi dalam sejarah drama di Malaysia. Suri Hati Mr.Pilot bersambung dalam telefilem Suri Hati Mr.Pilot Raya.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Berkisah tentang pertemuan antara Ejaz (Fattah Amin), Mr. Pilot dan Warda (Neelofa) yang membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim. Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel Sein yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda. Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Fattah Amin sebagai Kapten Ejaz Fakhri Dato Dr Hasbullah
- Neelofa sebagai Warda Erina Tan Sri Khalid Al-Fattah
- Ben Amir sebagai Dr. Muslim
- Eleena Sui sebagai Inara
- Azar Azmi sebagai Humaira
- Fahad Iman sebagai Rafeeq
- Mas Khan sebagai Daniel Sein
- Alvin Chong sebagai Johan
- Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
- Datin Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha
- Adriana Adnan sebagai Jannah
- Neera Azizi sebagai Emira
- Rahhim Omar sebagai Dato' Dr. Hasbullah
- Azhar Amir sebagai Tan Sri Khalid Al-Fattah
- Eina Azman sebagai Dr. Khairina
- Duerra Mitilda sebagai Wafiyya Elena Binti Ejaz Fakhri
- Nizen Ayoub sebagai Faris
Lagu tema dan latar[sunting | sunting sumber]
No. | Tajuk | Artis | Masa |
---|---|---|---|
1. | "Selamanya Cinta" | Shila Amzah & Alif Satar | -:-- |
2. | "Dari Mata" | Jaz | -:-- |
3. | "Redha" | Irfan Haris | -:-- |
4. | "Wahai Kekasih" | Katahati | -:-- |
5. | "Aku Cuma Punya Hati" | Mytha | |
Jumlah masa:
|
-:-- |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 |
|
Drama Throwbaek | Suri Hati Mr. Pilot | Menang |
Hero Throwbaek | Fattah Amin | Menang | ||
Heroin Throwbaek | Neelofa | Menang | ||
Pelakon Paling Membantu | Alvin Chong | Dicalonkan | ||
Kapel Throwbaek | Fattah Amin & Neelofa | Menang | ||
OST Throwbaek | Shila Amzah, Alif Satar (Selamanya Cinta) | Menang | ||
|
Drama TV MeleTOP | Suri Hati Mr. Pilot | Menang | |
Pelakon TV MeleTOP | Fattah Amin | Menang | ||
Neelofa | Dicalonkan | |||
Artis Baru MeleTOP | Alvin Chong | Dicalonkan | ||
|
Pelakon TV Lelaki Popular | Fattah Amin | Menang | |
Pelakon TV Wanita Popular | Neelofa | Dicalonkan | ||
Gandingan Serasi | Fattah Amin & Neelofa | Menang | ||
|
Telenovela Popular | Suri Hati Mr. Pilot | Menang | |
Pelakon Lelaki Popular | Fattah Amin | Menang | ||
Pelakon Wanita Popular | Neelofa | Menang |