Susan Harris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Susan Harris
Kelahiran (1940-10-28) 28 Oktober 1940 (umur 83)
PasanganBerkeley Harris (1965–1969; cerai)
Paul Junger Witt (1983–kini)
Anak-anakSam Harris

Susan Harris (lahir 28 Oktober 1940) merupakan penulis dan penerbit rancangan komedi Amerika Syarikat.

Harris telah mencipta banyak siri TV termasuklah: Fay, Soap, Loves Me, Loves Me Not, Benson, It Takes Two, The Golden Girls, Empty Nest, Nurses, Good & Evil, The Golden Palace dan The Secret Lives of Men.[1] Beliau turut menulis (dan menulis bersama) untuk kesemua episod Soap. The Golden Girls menjadi rancangan beliau yang paling berjaya.

Skrip pertama Harris yang terjual adalah Then Came Bronson. Beliau kemudiannya menulis untuk Love, American Style, All in the Family, The Partridge Family dan Barefoot in the Park.

Harris pernah mengahwini pelakon Berkeley Harris pada tahun 1965 sehingga 1969, dan dikurniakan seorang anak Sam Harris. Pada 18 September 1983, Harris mengahwini penerbit TV, Paul Junger Witt. Witt juga merupakan penerbit bersama untuk kesemua rancangan yang diterbitkannya.

Harris mengalami gejala sindrom keletihan yang teruk, yang menjejaskan keupayaannya untuk terlibat dalam penghasilan The Golden Girls. Menerusi episod "Sick and Tired" (1989), Harris menulis jalan cerita yang menceritakan kepayahan yang dihadapi beliau disebabkan oleh sindrom ini menerusi watak Dorothy Zbornak (lakonan Bea Arthur). Ia kemudiannya diketahui bahawa Harris mempunyai masalah adrenal, namun beliau menulis episod itu sebagai "skrip balas dendam saya untuk semua orang di luar sana yang mempunyai penyakit seperti itu." [2]

Harris membina syarikat penerbitan Witt/Thomas/Harris Productions bersama Paul Junger Witt dan Tony Thomas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Golden Girls' Creator Adds Shows". LA Times. September 10, 1991. Dicapai pada 2010-08-24.
  2. ^ Hunt, Stacey Wilson. "The Golden Girls Creators On Finding a New Generation of Fans". Vulture (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]