Susanna Thompson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Susanna Thompson
Thompson pada 2013
Kelahiran (1958-01-27) 27 Januari 1958 (umur 66)
San Diego, California, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Negeri San Diego
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1991–kini
PasanganMartin Katz

Susanna Thompson (lahir 27 Januari 1958) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi peranannya dalam filem Little Giants (1994), Ghosts of Mississippi (1996), Random Hearts (1999), dan Dragonfly (2002). Di televisyen, Thompson memegang watak Dr. Lenara Kahn dalam episod pertama "Rejoined" di Star Trek: Deep Space Nine (1995), Borg Queen untuk tiga episod dalam Star Trek: Voyager (1999-2000), Karen Sammler dalam siri drama Once and Again (1999–2002), dan Moira Queen dalam Arrow (2012–2014).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Thompson telah muncul dalam drama panggung sebagai Luisa di A Shayna Maidel. Beliau juga dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik oleh San Diego Critics Circle untuk peranannya dalam Agnes of God.[1]

Thompson terkenal dengan karya televisyennya, termasuk sebagai Karen Sammler dalam Once and Again, Michelle Generoo dalam episod The X-Files, dan peranannya sebagai Ratu Borg di Star Trek: Voyager untuk dua episod (1999).[2] Thompson juga memegang watak Denise Hydecker dalam filem televisyen The Lake (1998).[3][4]

Salah satu penampilan televisyen Thompson yang paling kontroversi ialah dalam episod Star Trek: Deep Space Nine berjudul Rejoined. Dalam episod itu, beliau terlibat dalam salah satu ciuman oleh pasangan sesama jenis di televisyen Amerika Serikat. Episod tersebut ditayangkan pertama kali pada 30 Oktober 1995.[5][6][7][8]

Beliau menjadi bintang tamu di Law & Order: SVU pada 7 Oktober 2003 di musim kelima untuk episod berjudul Mother. Beliau memegang watak sebagai Dr. Greta Heints, seorang ahli psikiatri yang membantu memulihkan pelacur seks dan mempersiapkan mereka untuk kembali ke pangkal jalan.[9][10] Sejak Januari 2006, beliau memegang watak sebagai pelakon utama dalam drama NBC The Book of Daniel. Kemudian pada November 2006, beliau membuat penampilan pertamanya sebagai Leftenan Kolonel Hollis Mann di siri CBS NCIS. Wataknya ialah pasangan cinta Ejen Gibbs.[11]

Pada tahun 2009, Thompson membintangi siri NBC Kings, berkisarkan kisah Daud dari Alkitab.[12][13][14] Pada tahun 2012, Thompson memegang watak sebagai Moira Queen di siri TV CW Arrow.[15][16][17] Thompson juga muncul sebagai Carolyn Preston dalam siri NBC Timeless (2016–2018).[18]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Thompson menerima ijazah sarjana dalam drama di Universiti Negeri San Diego. Suaminya, Martin Katz, ialah profesor di universiti sama.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ClaudineDeSola. "Susanna Thompson from the hit show ARROW visits us during the CW UpFronts | Caravan Stylist Studio" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-13. Dicapai pada 2020-07-13.
  2. ^ "Susanna Thompson | TV Guide". TVGuide.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  3. ^ "All Susanna Thompson Horror Movies". ALL HORROR. Dicapai pada 2020-07-13.
  4. ^ Gallo, Phil; Gallo, Phil (1998-01-29). "The Lake". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  5. ^ "Thompson". Star Trek (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  6. ^ Wong, Curtis M. (2018-04-03). "How 'Star Trek' Made History 22 Years Ago With A Same-Sex Kiss". Huffington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  7. ^ DeCandido, Keith R. A. (2014-02-11). "Star Trek: Deep Space Nine Rewatch: "Rejoined"". Tor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  8. ^ The Queer Legacy of Star Trek - IGN (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2020-07-13
  9. ^ "Susanna Thompson | TV Guide". TVGuide.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  10. ^ "Susanna Thompson - Rotten Tomatoes". www.rottentomatoes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  11. ^ 7 Moments From (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2020-07-13
  12. ^ "Queen Rose Benjamin: Kings Character - NBC.com". NBC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  13. ^ "Critic's Notebook: The 10th Anniversary of NBC's 'Kings' and the Death of the Ambitious Broadcast Drama". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  14. ^ Stanley, Alessandra (2009-03-12). "Unusual Premise: Start With a Good Book". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-07-13.
  15. ^ "'Arrow' post mortem: Boss opens up about the shocking [spoiler]!". EW.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  16. ^ "'Arrow': Susanna Thompson Returning for 100th Episode". EW.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  17. ^ Andreeva, Nellie; Andreeva, Nellie (2012-02-14). "PILOT CASTINGS: Susanna Thompson Joins 'Arrow', 'Nashville' & 'County' Add Actors". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  18. ^ Mitovich, Matt Webb; Mitovich, Matt Webb (2018-12-29). "Timeless EP Answers Burning Q: Could Emma Have Brought Back [Spoiler]?". TVLine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-13.
  19. ^ "Director probes the lighter side of death". San Diego Jewish World (dalam bahasa Inggeris). 2013-04-20. Dicapai pada 2020-07-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]