Swan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sepasang swan bisu (Cygnus olor).

Swan adalah burung dari keluarga Anatidae dalam genus Cygnus.[1] Ia mempunyai keluarga dekat dengan angsa dan itik, malah dikumpulkan dengan angsa dalam subfamili Anserinae di mana mereka membentuk suku Cygnini. Kadang-kadang, mereka dianggap subfamili yang berbeza iaitu Cygninae. Terdapat enam atau tujuh spesies haiwan ini (termasuk yang pupus) dalam genus Cygnus.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini biasanya ditemui dalam persekitaran yang beriklim sederhana. Sebanyak empat (atau lima) spesies ditemui di Hemisfera Utara, satu spesis ditemui di Australia, satu spesies pupus telah ditemui di New Zealand dan Kepulauan Chatham, dan satu spesis di selatan Amerika Selatan.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Swan makan di air dan di atas darat. Ia merupakan haiwan herbivora yang terutamanya memakan akar, umbi, batang dan daun tumbuhan akuatik dan tenggelam[2] namun adakalanya juga boleh makan haiwan akuatik.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Swan hanya mencapai kematangan seksual antara umur 4 hingga 7 tahun. Kawanannya sering membentuk pasangan tunggal yang setia dari seawal 20 bulan lalu boleh bertahan selama bertahun-tahun, [3] malah adakalanya boleh kekal sepanjang hayat haiwan tersebut.[4]

Haiawan ini bersarang di daratan berhampiran dengan air dengan jarak kira-kira 1 meter diukur merentasinya. Jantan haiwan ini membantu pasangan betinanya membina sarang bersama-sama, malah juga membantu secara bergilir-gilir mengeram telur tidak seperti banyak spesies itik dan angsa yang lain.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ENCYCLOPÆDIA BRITANNICA Swan". 
  2. ^ Kear, Janet, penyunting (2005). Ducks, Geese and Swans. Bird Families of the World. Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-861008-3. 
  3. ^ Ross, Drew (March–April 1998). "Gaining Ground: A Swan's Song". National Parks. 72 (3–4): 35. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-26. 
  4. ^ Rees, Eileen (1996). "6: Swans are one of the few species that can divert to homosexuality in times of loneliness. Mate fidelity in swans, an interspecific comparison". dalam Jeffrey M. Black, Mark Hulme. Partnerships in birds. Oxford: Oxford University Press. m/s. 118–122. ISBN 978-0-19-854860-7. 
  5. ^ Scott, Dafila (1995). Swans. Grantown-on-Spey, Scotland: Colin Baxter Photography. m/s. 51. ISBN 978-0-948661-63-1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]