Iklim sederhana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang geografi, kawasan bermusim atau kawasan beriklim sederhana meliputi kawasan sederhana sejuk dan panas yang lebih luas di hemisfera utara daripada hemisfera selatan.

Terdapat beberapa jenis iklim di kawasan bermusim:

Empat musim[sunting | sunting sumber]

Kawasan bermusim seperti Britain, Kanada, Rusia, Itali, Jepun dan New Zealand mempunyai empat musim yang nyata dan tumbuh-tumbuhan asal yang berbeza.

Musim-musim ini membawa perubahan kapada cuaca, kehidupan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, aktiviti manusia, dalam bidang pertanian, dan kegiatan harian.

  • Pada musim bunga, pokok mengeluarkan daun dan bunga.
  • Pada musim luruh, pokok menggugurkan daunnya, juga merupakan "musim memungut".
  • Pada musim panas pula cuaca sangat panas, pada waktu siang panjang dan aktiviti manusia amat giat.
  • Pada musim dingin/sejuk wktu siang adalah pendek, cuaca semakin sejuk, salji turun dan sungai beku.

Iklim-iklim[sunting | sunting sumber]

Di kawasan hawa sederhana sejuk seperti di Britain, pertanian campur dijalankan. Tanaman bijiran dan ubi kentang ditanam, lembu dan biri-biri.

Di kawasan Mediterranean seperti Itali, iklim sangat sesuai untuk tanaman buah-buahan sitrus dan anggur.

Di kawasan Steppe pula seperti Rusia, Praiaie atau Pampas, gandum di tanam dengan meluas, juga penternakan untuk lembu dan biri-biri. Di kawasan Siberia, Norway atau Kanada Utara, pembalakan di hutan pokok tirus (konifer) sangat nyata.