Synergy Drive

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Synergy Drive ialah sebuah syarikat di Malaysia yang ditubuhkan pada 2006. Syarikat ini merupakan hasil gabungan tiga konglomerat tempatan. Syarikat ini mengambil alih aset dan liabiliti Golden Hope Plantations Bhd, Kumpulan Guthrie Bhd dan Kumpulan Sime Darby Bhd. Dengan ini ia menjadi kumpulan perladangan senaraian awam terbesar di Bursa Malaysia dan dunia.

Seterusnya Permodalan Nasional Berhad(PNB) menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam Synergy Drive. Pada 2007, PNB menguasai 39.4 % ekuiti Sime Darby, 64.7 % Guthrie dan 51.8 % dalam Golden Hope.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menguasai lebih 10 % ekuiti Synergy Drive.

Bidang perniagaan[sunting | sunting sumber]

Teras perniagaan ialah perladangan, hartanah, jentera berat, kenderaan, dan tenaga dan utiliti.

Lembaga pengarah[sunting | sunting sumber]

  1. Tun Musa Hitam - Pengerusi Synergy Drive Bhd (Synergy Drive) Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  2. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Timbalan pengerusi. Bekas Ketua Setiausaha Negara
  3. Dr Arifin Siregar
  4. Datuk Henry Sackville Barlow
  5. Datuk Dr Abdul Halim Ismail - bekas pengerusi Bank Islam Malaysia
  6. Datin Paduka Zaitoon Othman - bekas pengerusi peguam muslim Malaysia
  7. Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin - bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
  8. Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali - bekas pengerusi TNB
  9. Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda
  10. Datuk Seri Andrew Sheng Len Tao
  11. Datuk Mohamed Sulaiman
  12. Datuk Seri Ahmad Zubir Mursyid.