T-84 adalah sebuah kereta kebal utama buatan Ukraine hasil dari pembangunan ke atas kereta kebal T-80 buatan Soviet. Ia pertama kali dibina pada tahun 1994 dan mula memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Ukraine pada tahun 1999. Janakuasa T-84 adalah berdasarkan enjin diesel yang dipasang pada sebuah versi T-80 iaitu T-80UD. Enjin berprestasi tingginya menjadikan kereta kebal ini merupakan salah sebuah kereta kebal sedia ada yang terpantas di dunia, dengan kadar kuasa kepada berat kira-kira 26 kuasa kuda per tan (19 kW/t). T-84 Oplot pula merupakan sebuah versi termaju bagi T-84 dengan menggabungkan ruang peluru berperisai di dalam turet baru. Sepuluh unit kereta kebal versi ini telah memasuki perkhidmatan dengan Ukraine pada tahun 2001. T-84-120 Yatagan pula adalah sebuah prototaip untuk tujuan eksport, dilengkapkan dengan meriam 120 mm yang mampu menggunakan peluru dan peluru berpandu mengikut standard NATO.
Tentera Darat Bangladesh: Pada tahun 200, Tentera Darat Bangladesh memulakan rundingan bagi membeli 76 buah kereta kebal T-84 Yatagan dalam kumpulan pertama. Tentera Darat Bangladesh ingin memiliki sehingga 200 hingga 300 buah kereta kebal Yatagan dalam beberapa tahun akan datang sebagai sebahagian daripada program perolehan kereta kebal utama generasi ketiga[2]