TNT Express

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TNT Express
Nama asliTNT Express Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPerniagaan, package delivery, perusahaan Sunting ini di Wikidata
IndustriKurier
PendahuluTNT NV
Ditubuhkan26 May 2011; 12 tahun yang lalu (26 May 2011)
Dibubarkan2021 Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatHoofddorp, Belanda
Tokoh pentingBert Nappier (CEO)
PerkhidmatanPerkhidmatan penghantaran kilat dan barang
Hasil€6,91 bilion (2015)
PemilikFedEx Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukFedEx
Tapak webwww.tnt.com
LinkedIn: tnt Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

TNT Express ialah penyedia perkhidmatan pengantaran kurier antarabangsa. Syarikat ini merupakan anak syarikat FedEx, dengan ibu pejabatnya terletak di Hoofddorp (perbandaran Haarlemmermeer), Belanda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Trak TNT Express di Plymouth, England pada Februari 2010

Pada 26 Mei 2011, TNT Express secara rasmi telah dipisahkan dari syarikat induknya, TNT NV, dan kemudian mencatatkan sahamnya Euronext Amsterdam.[1] TNT NV kemudian bertukar nama kepada PostNL.

Pada Mac 2012, UPS mengumumkan hasratnya untuk membeli TNT Express dengan harga $6,7 bilion.[2] Walaupun begitu, hasrat itu dibatalkan pada Januari 2013, kerana UPS gagal mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Eropah, kerana dianggap dapat mengurangkan persaingan.[3]

Pada April 2015, FedEx mengumumkan hasratnya untuk membeli TNT Express dengan harga 4,4 bilion, kerana mereka sedang berusaha mengembangkan perniagaannya di Eropah.[4] Suruhanjaya Eropah lalu mulai menyelidiki kesan dari pemerolehan tersebut.[5] Pada 8 Januari 2016, Suruhanjaya Eropah akhirnya mempersetujui rancangan tersebut, dan pembelian TNT Express dapat diselesaikan pada 25 Mei 2016.[6][7]

Pada Ogos 2017, TNT Express terkesan dengan serangan siber NotPetya, sebahagian kerana sejumlah sistem operasi dan komunikasi TNT Express ditempatkan di Ukraine, di mana serangan tersebut berasal. TNT Express harus beroperasi secara manual selama beberapa waktu tertentu, sehingga menyebabkan kelewatan perkhidmatan. Sejumlah data pun hilang akibat serangan tersebut.[8]

Operasi[sunting | sunting sumber]

TNT menawarkan perkhidmatan penghantaran melalui darat dan udara di Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Timur Tengah, dan Afrika. Pada Jun 2014, TNT mengadakan percubaan penghantaran melalui kereta api untuk meningkatkan perkhidmatan di United Kingdom, dan mengurangkan pelepasan karbon.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steinglass, Matt (26 May 2011). "TNT Express to focus on emerging markets". Financial Times. Dicapai pada 26 May 2011.
  2. ^ "UPS agrees to buy TNT Express for $6.7B". USA Today. 19 March 2012. Dicapai pada 19 March 2012.
  3. ^ "Major Express Freight and Logistics Merger Torpedoed by European Commission". Handy Shipping Guide. Dicapai pada 15 January 2013.
  4. ^ "FedEx to buy rival TNT Express for €4.4bn". BBC News. 7 April 2015.
  5. ^ "Mergers: Commission opens in-depth investigation into proposed acquisition of TNT by FedEx". European Commission. 31 July 2015. Dicapai pada 8 September 2015.
  6. ^ "EU set to greenlight FedEx/TNT Express tieup". AFP. 21 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2015. Dicapai pada 23 Oktober 2015.
  7. ^ Berman, Jeff (2 November 2015). "Acceptance period for FedEx-TNT deal extended into January". Logistics Management. Dicapai pada 2 November 2015.
  8. ^ Baraniuk, Chris (9 August 2017). "Customers 'furious' with TNT after cyber-attack meltdown". BBC News. Dicapai pada 9 August 2017.
  9. ^ Rail Trial Could Lead to Better Support to UK Businesses and Cut Carbon Emissions

Pautan luar[sunting | sunting sumber]