Tabloid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tabloid ialah surat khabar yang diterbitkan secara mingguan dalam saiz lebih kecil daripada lazim. Isi yang terdapat di dalamnya lebih bersifat tempatan, cerita hiburan, jenayah, cerita sensasi, gosip, sindiran dan bintang sukan. Kadang-kala diedarkan secara percuma kerana ada kepentingan atau ada tajaan daripada syarikat atau iklan tertentu.

Format tabloid popular di United Kingdom. Saiz bukaannya adalah kira-kira 23½ kali 14¾ inci (597 mm × 375 mm).