Tahi lembu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tahi lembu dikeringkan di dinding rumah untuk digunakan sebagai bahan bakar, di Tibet
Tahi kerbau dikeringkan di dinding rumah, di Yunnan

Tahi atau najis lembu ialah sisa hasil pencernaan lembu dan haiwan dari subfamili Bovinae lainnya (kerbau, yak, bison). Tahi lembu mempunyai warna yang berubah dari kehijauan sehingga kehitaman, tergantung makanan yang dimakan kerbau. Selepas terdedah di udara, warna tahi lembu cenderung menjadi gelap.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Tahi lembu biasanya digunakan sebagai baja kandang. Di pelbagai tempat di dunia, tahi lembu yang dikeringkan digunakan sebagai bahan bakar. Tahi lembu juga digunakan untuk menghasilkan biogas untuk dibakar dan menghasilkan elektrik dan panas. Biogas mempunyai kandungan gas metana dan telah digunakan secara luas di kawasan-kawasan desa di India dan Pakistan sebagai sumber tenaga terbarukan.[1] Di Afrika Tengah, masyarakat suku Maasai membakar tahi lembu di dalam rumah untuk menghalau nyamuk. Di tempat sejuk, tahi lembu dijadikan bahan insulasi terma. Tahi lembu juga merupakan salah satu pilihan bahan baku pembuatan bahan bangunan setara dengan bata.[2]

Di Beaver, Oklahoma, kepingan tahi lembu kering dijadikan bahan untuk permainan cow chip throwing (lempar kepingan tahi), yang sudah popular sejak tahun 1970an.[3][4][5]

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Tahi lembu menjadi habitat bagi pelbagai jenis organisma yang memecahkan kandungan nutrien yang terdapat di dalamnya untuk dikitar semula dan disatukan dengan molekul tanah. Di tempat di mana lembu belum berdiam pada masa yang lama, organisma pengurai tahi lembu belum banyak sehingga kewujudan tahi lembu dapat menjadi sarang tumbuhnya organisma merugikan. Di Australia, kumbang tinja perlu didatangkan dari luar untuk membantu mengitar semula tahi lembu di tanah penggembalaan haiwan.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cow Dung - A source of Green Energy
  2. ^ Your Home Technical Manual - 3.4d Construction Systems - Mud Brick (Adobe)
  3. ^ [1]
  4. ^ [2]
  5. ^ [3]
  6. ^ Bornemissza, G. F. (1976), The Australian dung beetle project 1965-1975, Australian Meat Research Committee Review 30:1-30