Takashi Saito

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Takashi Saito (besbol))
Takashi Saito
Saito bersama Boston Red Sox
Yokohama DeNA BayStars – No. 91
Pelempar / Jurulatih
Dilahirkan: (1970-02-14) 14 Februari 1970 (umur 54)
Sendai, Miyagi, Jepun
Pukulan: Kiri Balingan: Kanan
Debut profesional
NPB: 7 April, 1992, untuk Yokohama Taiyo Whales
MLB: 9 April, 2006, untuk Los Angeles Dodgers
Penampilan terakhir
MLB: 30 September, 2012, untuk Arizona Diamondbacks
NPB: 4 Oktober, 2015, untuk Tohoku Rakuten Golden Eagles
Statistik NPB
Rekod menang–kalah91–81
Purata peroleh larian3.75
Strikeout1,331
Statistik MLB
Rekod menang–kalah21–15
Purata peroleh larian2.34
Strikeout400
Save84
Pasukan
Pemain

Jurulatih

Kerjaya cemerlang dan anugerah
NPB

MLB

Takashi Saito (Jepun: 斎藤 隆, Hepburn: Saitō Takashi, lahir 14 Februari 1970) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai pelempar dan kini berperanan sebagai ketua jurulatih pelempar untuk pasukan Yokohama DeNA BayStars dari Nippon Professional Baseball (NPB).

Karier profesional Saito bertahan selama 23 tahun. Beliau menghabiskan 13 musim pertama kariernya untuk pasukan Yokohama Taiyo Whales / BayStars di Liga Pusat Jepun yang mencatatkan rekod 87–80, di mana beliau sering diletakkan sebagai pemula. Musim-musim berikutnya menyaksikan beliau berhijrah ke Major League Baseball (MLB) dan beraksi sebagai closer dan pelempar tambahan sebelum menamatkan kariernya di Jepun dengan mewakili pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles. Semasa musim sulungnya di MLB pada 2006, Saito menduduki tempat keenam dalam pengundian Anugerah Cy Young National League.[1] Penyiar Dodgers, Vin Scully menggelarkan beliau sebagai "The Man from Miyagi", merujuk kepada wilayah tempat kelahiran Saito. Beliau juga dikenali dengan nama samaran "Sammy" oleh rakan sepasukannya di Dodgers iaitu Andre Ethier dan Matt Kemp, yang membandingkan beliau dengan Sammy Sosa.[2]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="BBWAA2">[1] "2006 NL Cy Young Award" Retrieved on July 24, 2007.
  2. ^ Plunkett, Bill (September 26, 2006). "Saito might be one and done". The Orange County Register. Dicapai pada June 15, 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseballstats