Arizona Diamondbacks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arizona Diamondbacks
Musim 2024 Arizona Diamondbacks
Ditubuhkan pada 1998
Fail:ArizonaDbacksCapLogo.png
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-NLW-ARI-Uniforms.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Merah Sedona, Sonoran sand, hitam, teal, white[1][2]
                            
Nama
  • Arizona Diamondbacks (1998–kini)
Gelaran lain
  • The D-backs
  • The Snakes
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (1)2001
NL Pennant (1)2001
West Kejuaraan Divisyen (5)
Kemunculan Wild card (1)
Pejabat pengurusan
PemilikKen Kendrick
PengurusTorey Lovullo
Pengurus BesarMike Hazen
Presiden Operasi BesbalMike Hazen

Arizona Diamondbacks (biasanya dikenali sebagai D-backs) ialah pasukan besbol profesional Amerika yang berpangkalan di Phoenix. Diamondbacks beraksi di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) West. Pasukan ini telah ditubuhkan pada 9 Mac 1995 dan mula beraksi di MLB pada tahun 1998 sebagai pasukan tambahan. Pasukan ini beraksi di gelanggang sendiri, Chase Field. Diamondbacks bersama-sama Tampa Bay Rays merupakan pasukan termuda di MLB.

Setelah menduduki tempat kelima pada musim sulungnya, Diamondbacks telah membuat beberapa perubahan termasuklah membawa masuk bakal pitcher Dewan Kemahsyuran Randy Johnson, yang memenangi empat Anugerah Cy Young berturut-turut sepanjang empat musim pertamanya bersama pasukan. Pada tahun 1999, Arizona meraih kemenangan ke-100 dan menjuarai kejuaraan divisyen pertamanya. Pada tahun 2001, pasukan ini menjuarai Siri Dunia dengan menewaskan juara bertahan tiga kali, New York Yankees selain menjadi pasukan terpantas dalam sejarah MLB untuk menjuarai Siri Dunia serta menjadikan ia satu-satunya pasukan dari Arizona untuk menjuarai kejuaraan sukan utama di Amerika Syarikat.

Dari tahun 1998 hingga 2022, rekod menang-kalah Diamondbacks secara keseluruhannya ialah 1,914–2,034.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan Diamondbacks telah ditubuhkan pada 1998 sebagai pasukan gabungan bersama-sama Tampa Bay Devil Rays (sekarang dikenali sebagai Tampa Bay Rays). Pada musim pertamanya, Diamondbacks tidak mengejutkan ramai pihak apabila menduduki tempat terakhir di divisyen. Pasukan ini kemudiannya membawa masuk ejen bebas pitcher Randy Johnson sebelum musim 1999. Pemain lain yang turut dibawa masuk ialah Luis Gonzalez dan Mat William. Kemasukan pemain baru telah menyuntik semangat Diamondbacks untuk bangkit dan meraih 100 kemenangan dengan pantas sebelum meraih kelayakan ke postseason (tewas kepada New York Mets di pusingan pertama). Apabila Curt Schilling menyertai pasukan semasa musim 2000 dan menyertai Johnson sebagai pitcher pemula, Diamondbacks telah membentuk gandingan pitcher mantap dalam besbol dan pasangan tersebut membuktikan dominasi mereka pada tahun 2001. Pada tahun tersebut, Johnson dan Schilling kedua-duanya diundi di tempat pertama dan tempat kedua dalam Anugerah Cy Young (anugerah yang disampaikan kepada pitcher terbaik liga) sambil membantu Arizona untuk meraih gelaran divisyen kedua. Pasukan ini seterusnya mara ke Siri Dunia apabila mereka mengalahkan New York Yankees dalam aksi dramatik tujuh perlawanan hasil sumbangan pitcher terbaik tersebut.

Diamondbacks sekali lagi mara ke postseason pada 2002 tetapi kejayaan pasukan ini disusuli oleh kemerosotan serta-merta apabila Arizona merekodkan 51–111 pada tahun 2004. Pasukan ini menjual kedua-dua tonggak iaitu Schilling (2003) dan Johnson (2005; walaupun beliau kembali ke Arizona pada 2007) dan cuba membina semula pasukan dengan sandaran pemain-pemain muda serta mengharapkan pitcher dominan Brandon Webb. Perubahan ini telah menyaksikan D-backs kembali ke NL Championship Series pada 2007 (tewas kepada Colorado Rockies) dan mereka memulihkan kembali pasukan apabila mereka melangkah ke postseason pada 2011 (kalah di pusingan divisyen). Arizona kemudiannya menghasilkan keputusan lima musim tanpa kemenangan. Keadaan ini berlarutan sehingga tahun 2017 apabila pasukan ini melakar kejutan untuk meraih 24 kemenangan lebih daripada musim sebelumnya. Pasukan ini juga mara ke playoff sebelum berdepan kekalahan di pusingan divisyen. Pasukan ini meraih 82 kemenangan pada 2018 tetapi terlepas aksi postseason. Arizona meneruskan kemelut pada tahun berikutnya, di mana mereka mencatatkan 110 kekalahan pada 2021.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gilbert, Steve (November 8, 2019). "D-backs unveil 'cleaner' uniforms for 2020". Dbacks.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada July 31, 2023. “Again, talking about brand, our primary colors are Sedona Red, Sonoran Sand and black,” Maxey said.
  2. ^ "Organization" (PDF). 2019 Arizona Diamondbacks Media Guide (PDF). MLB Advanced Media. April 2, 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09. Dicapai pada May 2, 2019.
  3. ^ "Arizona Diamondbacks Team History & Encyclopedia". Baseball Reference. Dicapai pada 2020-05-27.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]