Pergi ke kandungan

Nippon Professional Baseball

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nippon Professional Baseball
Musim atau kejohanan akan datang:
Current sports event Nippon Professional Baseball musim 2023
Nippon Professional Baseball
日本野球機構
Sebelum iniJapanese Baseball League (JPBL)
SukanBesbol
DitubuhkanJPBL, 5 Februari 1936; 88 tahun yang lalu (1936-02-05)
Pacific League, 26 November 1949; 75 tahun yang lalu (1949-11-26)[1]
Central League, 15 Disember 1949; 74 tahun yang lalu (1949-12-15)[2]
PesuruhjayaSadayuki Sakakibara
Bil. pasukan12
NegaraJepun Jepun
Ibu Pejabat5–36–7 Shiba, Minato-ku, Tokyo
Juara laluOrix Buffaloes
(gelaran ke-5)
Juara terbanyakYomiuri Giants
(22 gelaran)
KelayakanAsia Series (2005–2013)
Rakan kongsi TV
Laman web rasmiNPB.jp

Nippon Professional Baseball (日本野球機構, Nippon Yakyū Kikō) atau NPB merupakan peringkat tertinggi bagi besbol di Jepun. Liga ini disebut sebagai Puro Yakyū (プロ野球) oleh orang tempatan yang bermaksud Besbol Profesional. Di luar Jepun, ia sering dirujuk sebagai "besbol Jepun".

Asal usul liga ini dapat dijejaki kembali pada pembentukan "Kelab Besbol Tokyo Jepun Raya" (大日本東京野球倶楽部, Dai-Nippon Tōkyō Yakyū Kurabu) di Tokyo yang diasaskan pada 1934. Pertandingan asal sukan ini telah ditubuhkan di Empayar Jepun menjelang dua tahun kemudian iaitu Japanese Baseball League (JBL) yang terus berlangsung sehingga tahun-tahun akhir Perang Dunia Kedua. Organisasi yang menguruskan NPB pada hari ini telah menyusun semula JBL pada 1950 dengan mencipta dua liga yang terdiri daripada enam buah pasukan iaitu di Liga Pusat dan Liga Pasifik. Liga ini berakhir dengan kejuaraan Japan Series yang bermula dariapda siri playoff pada setiap tahun.

NPB juga menyelia Liga Barat dan Liga Timur yang merupakan afiliasi minor league NPB.

Sejak kejuaraan Japan Series pertama pada 1950, pasukan Yomiuri Giants merupakan pasukan paling cemerlang dengan meraih 22 kejuaraan dan memiliki penampilan terbanyak iaitu 37 kali. Dengan memasmuki musim 2023, pasukan Orix Buffaloes yang menewaskan Tokyo Yakult Swallows 4–2–1 di Japan Series 2022 merupakan pasukan juara bertahan. Japan Series telah diacarakan sebanyak 73 kali setakat tahun 2022 dan wakil pasukan dari Liga Pasifik telah memenanginya sebanyak 37 kali manakala wakil dari Liga Pusat pula merangkulnya sebanyak 36 kali.

Struktur liga

[sunting | sunting sumber]

Nippon Professional Baseball terdiri daripada dua liga iaitu Liga Pusat dan Liga Pasifik yang masing-masing terdiri daripada enam buah pasukan. Terdapat juga liga minor di peringkat kedua tertinggi iaitu Liga Timur dan Liga Barat yang mempunyai jadual yang singkat untuk perkembangan para pemain. Pasukan-pasukan dari NPB dibenarkan untuk memiliki lebih daripada satu pasukan minor league asalkan mereka di luar sistem minor league dan setakat ini pasukan Fukuoka SoftBank Hawks dan Yomiuri Giants merupakan hanya pasukan yang telah melakukannya. Sehingga tahun 2023, pasukan Hawks mempunyai tiga buah pasukan minor league[3] manakala pasukan Giants pula memiliki dua pasukan dan sepuluh pasukan lain pula hanya memiliki satu pasukan minor league masing-masing. Pasukan-pasukan yang ada di peringkat bawah daripada Liga Timur dan Barat akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pelbagai pasukan kolej, industri, Shikoku Island League Plus dan status minor league NPB lain.

Liga Pusat dan Liga Pasifik beroperasi sebagai dua entiti yang berlainan dan ia tidak seperti liga-liga sukan di Amerika Utara yang beroperasi sebagai entiti yang tunggal. Hak penyiaran televisyen untuk perlawanan akan dipegang oleh pasukan tuan rumah. Pihak Liga Pasifik telah menggunakan peranan posisi designated hitter (DH) sejak tahun 1975 manakala Liga Pusat pula tidak menggunakan DH di luar interleague play apabila pasukan Liga Pasifik menjadi tuan rumah dan ketika Japan Series 1985.

Aksi musim akan bermula pada lewat bulan Mac atau awal bulan April dan biasanya tamat pada bulan Oktober. Perlawanan All-Star akan berlangsung pada bulan Julai. Pada dekad-dekad kini sebelum tahun 2007, kedua-dua liga akan melangsungkan jadual antara 130 dan 140 perlawanan dalam satu musim selain 146 perlawanan satu musim di Liga Pusat pada 2005 dan 2006 dikecualikan. Kedua-dua liga telah melangsungkan 143 perlawanan pada satu musim, 71 atau 72 perlawanan sebagai tuan rumah, berdepan dengan lima pasukan sesama liga sebanyak 25 kali manakala menentang enam pasukan daripada liga lain sebanyak tiga kali pada lewat Mei sehingga awal Jun. Juara akan dinobatkan dengan rekod terbaik menerusi 18 perlawanan dalam liga. Secara umumnya, pasukan Jepun akan beraksi enam perlawanan seminggu, hari Isnin akan berehat (kecuali ada hal spesifik seperti perlawanan berlangsung di luar stadium utama tuan rumah atau sekiranya turun hujan lebat yang memaksa perlawanan ditangguhkan ke hari Isnin).[4] Tidak seperti Major League Baseball, doubleheaders tidak muncul di NPB sejak lewat 1990-an.

Berikutan penamatan sesebuah musim, tiga pasukan terbaik dari tiap-tiap liga akan mara beraksi ke kejohanan playoff kejuaraan Climax Series. Pemenang setiap kejohanan playoff akan berdepan siri kejuaraan tujuh terbaik yang dikenali sebagai Japan Series (orang tempatan menyebutnya Nippon Series). Diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Liga Pasifik manakala Liga Pusat pula melaksanakannya pada 2007, Climax Series merupakan sistem dua acara. Dalam "aCARA Pertama", pasukan di tempat kedua dan ketiga akan berentap sesama sendiri dalam siri tiga terbaik yang berlangsung sepenuhnya di gelanggang tuan rumah pasukan di tempat kedua. Sekiranya seri berakhir dengan keputusan 1–1–1, pilihan tertentu biasanya akan mara ke Acara Akhir. Dalam "Acara Akhir", pemenang Acara Pertama akan menentang juara pennant liga dalam siri enam terbaik yang berlangsung sepenuhnya di gelanggang stadium juara liga. Pilihan tertinggi akan bermula dengan "ghost win", atau kelebihan 1–0 dalam siri sebelum mana-mana perlawanan dimainkan. Kenyataan di sini bermakna pilihan tertinggi akan hanya perlu memenangi tiga perlawanan manakala pilihan rendah perlu memenangi empat perlawanan. Dalam kes seri, pilihan tertinggi seterusnya hanya perlu memenangi dua perlawanan. Juara bagi tiap-tiap Acara Akhir dari setiap liga kemudiannya akan bertemu di Japan Series yang merupakan siri tujuh terbaik seperti format yang diguna pakai oleh Siri Dunia. Dalam kes yang jarang, sekiranya siri berakhir 3–3–1 sesudah tujuh perlawanan, Perlawanan 8 akan dimainkan dengan inning yang tidak ada had di stadium dengan home-field advantage.

Sejak penggunaannya di kedua-dua liga pada 2007, Climax Series tidak ditentukan oleh pasukan mana yang memenangi pennant liga sedangkan ada pasukan yang menghasilkan rekod terbaik musim di liga tetapi sebaliknya di Climax Series. Terdapat empat peristiwa yang berlaku apabila pemenang Japan Series merupakan pasukan yang tidak memenangi pennant liga pada tahun tersebut. Pasukan-pasukan tersebut ialah Chunichi Dragons (2007), Chiba Lotte Marines (2010) dan Fukuoka SoftBank Hawks (2018 dan 2019). Walau bagaimanapun dari tahun 2004 sehingga 2006, juara bagi playoff Liga Pasifik telah dinobatkan sebagai juara pennant Liga Pasifik pada tahun-tahun tersebut.

Pemain besbol ekspatriat di Jepun

[sunting | sunting sumber]

Buat sebahagian besar sejarahnya, peraturan NPB "gaijin waku", iaitu had bilangan pemain bukan Jepun setiap pasukan kepada dua atau tiga orang pemain termasuk pengurus atau barisan kejurulatihan.[5] Bahkan pada hari ini, sesebuah pasukan tidak dibenarkan memiliki lebih daripada empat orang pemain asing dalam roster perlawanan 25 orang pemain walaupun tiada had terhadap bilangan pemain asing yang boleh menyertai pasukan. Jika terdapat empat orang, mereka semua tidak boleh sebagai pitcher atau beraksi sebagai pemain berposisi.[5] Penetapan ini membataskan kos dan persaingan dengan pemain mahal yang berbeza kewarganegaraan dan ia sama dengan peraturan di kebanyakan liga sukan di Eropah yang mengenakan had terhadap pemain bukan Eropah.

Namun begitu, pemain besbol ekspatriat yang terdapat di Jepun telah tampil di lanskap liga profesional Jepun sejak tahun 1934. Terdapat beratus pemain asing terutamanya dari Amerika Syarikat telah beraksi di NPB. Pemain warganegara Taiwan seperti Shosei Go dan Hiroshi Oshita membintangi pasukan mereka masing-masing pada 1940-an. Pemain Amerika pula beransur-ansur mendapat tempat di roster NPB pada 1960-an. Pemain Amerika malahan telah menghasilkan rekod NPB termasuklah purata pukulan tertinggi karier (Leron Lee, .334), purata pukulan tertinggi dalam satu musim (Randy Bass, .389) dan rekod dipertikaikan sebagai strikeout terbanyak dalam satu musim oleh pemukul (Ralph Bryant, 204). Pemain Amerika di tempat #3 (Tuffy Rhodes, 55) dan #6 (Randy Bass, 54) dalam senarai home run terbanyak dalam satu musim dan di tempat #2 bagi RBI terbanyak dalam satu musim (Bobby Rose, 153). Outfielder CuraçaoBelanda Wladimir Balentien pula memegang rekod home run terbanyak NPB dalam satu musim dengan menghasilkan 60 pukulan home run pada 2013.

Pemain-pemain Korea juga tidak ketinggalan mendatangkan impak terhadap NPB dengan melahirkan pemain-pemain bergaya seperti Lee Seung-yuop, Sun Dong-yol, Baek In-chun, Lee Jong-beom dan Lee Dae-ho. Pemain Venezuela seperti Alex Ramírez, Alex Cabrera, Bobby Marcano dan Roberto Petagine melakar karier yang panjang dan gemilang di NPB. Pemain third baseman Dominika, José Fernández telah beraksi selama sebelas tahun di NPB dengan menghasilkan purata pukulan pada kadar .282, 206 pukulan home run dan 772 RBI.

Rabai pemain asing yang datang ke Jepun disambut meriah selepas tidak berhasil meraih kejayaan di Major League Baseball (lihat "Big in Japan").

Sejak era 1970-an, ramai pemain asing telah memberi impak kepada bahagian kejurulatihan dan pengurusan Nippon Professional Baseball seperti pengurus dari Amerika, Bobby Valentine dan Trey Hillman mengendalikan pasukan mereka masing-masing dalam perjalanan meraih kejuaraan Japan Series.


Pasukan Bandar Stadium Kapasiti Koordinat Penubuhan Pengurus
Liga Pusat
Chunichi Dragons Nagoya, Aichi Vantelin Dome Nagoya 40,500 35°11′15.36″N 136°56′57.119″E / 35.1876000°N 136.94919972°E / 35.1876000; 136.94919972 (Vantelin Dome Nagoya) 15 Januari 1936[6] Kazuyoshi Tatsunami
Hanshin Tigers HQ di Nishinomiya, Hyōgo

Beraksi di antara Osaka dan Hyogo[7]

Stadium Koshien Hanshin

Kyocera Dome Osaka
47,757

dan 36,477

34°43′16.34″N 135°21′41.84″E / 34.7212056°N 135.3616222°E / 34.7212056; 135.3616222 (Hanshin Koshien Stadium)

34°40′9.48″N 135°28′33.97″E / 34.6693000°N 135.4761028°E / 34.6693000; 135.4761028 (Kyocera Dome Osaka)
10 Disember 1935 Akinobu Okada
Hiroshima Toyo Carp Hiroshima, Hiroshima Stadium Mazda 32,000 34°23′33″N 132°29′2.4″E / 34.39250°N 132.484000°E / 34.39250; 132.484000 (Mazda Stadium) 5 Disember 1949 Takahiro Arai
Tokyo Yakult Swallows Shinjuku, Tokyo Stadium Meiji Jingu 37,933 35°40′28.3″N 139°43′1.4″E / 35.674528°N 139.717056°E / 35.674528; 139.717056 (Meiji Jingu Stadium) 12 Januari 1950 Shingo Takatsu
Yokohama DeNA BayStars Yokohama, Kanagawa Stadium Yokohama 30,000 35°26′36.34″N 139°38′24.36″E / 35.4434278°N 139.6401000°E / 35.4434278; 139.6401000 (Yokohama Stadium) 15 Disember 1949 Daisuke Miura
Yomiuri Giants Bunkyō, Tokyo Tokyo Dome 46,000 35°42′20″N 139°45′7″E / 35.70556°N 139.75194°E / 35.70556; 139.75194 (Tokyo Dome) 26 Disember 1934 Tatsunori Hara
Liga Pasifik
Chiba Lotte Marines Chiba, Chiba ZOZO Marine Stadium 30,000 35°38′42.86″N 140°1′51.32″E / 35.6452389°N 140.0309222°E / 35.6452389; 140.0309222 (ZOZO Marine Stadium) 26 November 1949 Masato Yoshii
Fukuoka SoftBank Hawks Fukuoka, Fukuoka Fukuoka PayPay Dome 40,000 33°35′43″N 130°21′44″E / 33.59528°N 130.36222°E / 33.59528; 130.36222 (Fukuoka PayPay Dome) 22 Februari 1938 Hiroshi Fujimoto
Hokkaido Nippon-Ham Fighters Kitahiroshima, Hokkaidō ES CON Field Hokkaido 35,000 42°59′23″N 141°32′58″E / 42.98972°N 141.54944°E / 42.98972; 141.54944 (ES CON Field Hokkaido) 6 November 1945 Tsuyoshi Shinjo
Orix Buffaloes HQ di Osaka

Beraksi di antara Osaka dan Hyogo[8]

Kyocera Dome Osaka

Hotto Motto Field
36,477

dan 35,000

34°40′9.48″N 135°28′33.97″E / 34.6693000°N 135.4761028°E / 34.6693000; 135.4761028 (Kyocera Dome Osaka)

34°40′50.37″N 135°4′24.3″E / 34.6806583°N 135.073417°E / 34.6806583; 135.073417 (Hotto Motto Field)
23 Januari 1936 Satoshi Nakajima
Saitama Seibu Lions Tokorozawa, Saitama Belluna Dome 33,921 35°46′6.6″N 139°25′13.8″E / 35.768500°N 139.420500°E / 35.768500; 139.420500 (Belluna Dome) 26 November 1949 Kazuo Matsui
Tohoku Rakuten Golden Eagles Sendai, Miyagi Rakuten Mobile Park Miyagi 30,508 38°15′22.34″N 140°54′9″E / 38.2562056°N 140.90250°E / 38.2562056; 140.90250 (Rakuten Seimei Park Miyagi) 2 November 2004 Kazuhisa Ishii

Note: Pasukan Tokyo Yakult Swallows merancang untuk membina stadium baru yang terletak di sebelah stadium kini sekitar tahun 2030.[9]

Pasukan bubar
Pasukan Bandar Stadium Penubuhan Berhenti operasi Nota
Nishi Nippon Pirates Fukuoka, Fukuoka 52 buah stadium di 29 wilayah merentasi Jepun[10] 1950 30 Januari 1951[11] Bergabung dengan pasukan Nishitetsu Clippers untuk membentuk Fukuoka Nishitetsu Lions (sekarang dikenali sebagai Saitama Seibu Lions)
Shochiku Robins Kyoto, Kyoto Kinugasa Stadium 1936 1 Januari 1953[12] Bergabung dengan pasukan Taiyo Whales untuk membentuk Taiyo-Shochiku Robins (kini dikenali sebagai Yokohama DeNA BayStars)
Takahashi Unions Kawasaki, Kanagawa Kawasaki Stadium 1954 25 Februari 1957[13] Bergabung dengan pasukan Daiei Stars bagi membentuk pasukan Daiei Unions
Daiei Unions Bunkyō, Tokyo Korakuen Stadium 1946 24 November 1957[14] Bergabung dengan pasukan Mainichi Orions untuk membentuk pasukan Daimai Orions (kini dikenali sebagai Chiba Lotte Marines)
Osaka Kintetsu Buffaloes Osaka, Osaka Kyocera Dome Osaka 1949 1 Disember 2004 Bergabung dengan pasukan Orix BlueWave untuk membentuk pasukan Orix Buffaloes

Lokasi pasukan

[sunting | sunting sumber]

Lokasi disenaraikan dari utara ke selatan. Hanya nama terpenting bagi setiap pasukan telah disenaraikan.

Lokaliti 1950 1951–1952 1953 1954 1955–1956 1957 1958–1972 1973–1977 1978 1979–1988 1989–2003 2004 2005–kini
Sapporo   Hokkaido Nippon-Ham Fighters (PL), 2004–kini
Sendai   Lotte Orions (PL), 1973–1977   Tohoku Rakuten Golden Eagles (PL), 2005–kini
Tokyo Raya Kokutetsu Swallows / Sankei Atoms / Yakult Swallows (CL), 1950–kini
Yomiuri Giants (CL), 1950–kini
Toei Flyers / Nippon-Ham Fighters (PL), 1950–2003
Mainichi/Daimai/Tokyo/Lotte Orions (PL), 1950–1972   Lotte Orions / Chiba Lotte Marines (PL), 1978–kini
  Takahashi Unions (PL), 1954–1956 Daiei Unions (PL), 1957   Saitama Seibu Lions (PL), 1979–kini
Daiei Stars (PL), 1950–1956
  Taiyo Whales / Yokohama BayStars (CL), 1955–kini
Nagoya Chunichi Dragons (CL), 1950–kini
Osaka Raya Hanshin Tigers (CL), 1950–kini
Hankyu Braves / Orix BlueWave (PL), 1950–2004 Orix Buffaloes (PL), 2005–kini
Osaka Kintetsu Buffaloes (PL), 1950–2004
Nankai Hawks (PL), 1950–1988
Shochiku Robins (CL), 1950–1954
Hiroshima Hiroshima Toyo Carp (CL), 1950–kini
Shimonoseki Taiyo Whales (CL), 1950–1952
Fukuoka Nishitetsu Lions (PL), 1950–1978   Fukuoka Daiei/SoftBank Hawks (PL), 1989–kini
Nishi Nippon Pirates (CL), 1950

Aksi antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Sejak 1986, pasukan All-Star dari Major League Baseball (MLB) akan bertandang ke Jepun dalam jelajah akhir musim yang diadakan pada setiap dua tahun yang dikenali sebagai Siri All-Star MLB Jepun. Siri ini melangsungkan perlawanan persahabatan dalam format dalam kalangan terbaik antara Pasukan All-Star dan NPB dan terkini dari tahun 2014, ia menentang pasukan kebangsaan Samurai Japan.

Siri 2014 juga disambut sempena ulang tahun ke-80 penubuhan profesional besbol Jepun dengan mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan gabungan Hanshin Tigers dan Yomiuri Giants menentang All-Star MLB di Stadium Koshien pada 11 November 2014.

  1. ^ "リーグ略史 | パシフィック・リーグ".
  2. ^ "リーグ略史 | セントラル・リーグ".
  3. ^ "【ソフトバンク】来季から球界初「4軍制」創設へ 20日ドラフト会議で育成選手を大量指名(スポーツ報知)".
  4. ^ Waldstein, David. "Ace Favors Fewer Starts to Protect Pitchers' Arms: Rangers' Yu Darvish Pushes for a Six-Man Pitching Rotation," New York Times (July 21, 2014).
  5. ^ a b "Foreign Player Restrictions?". Japanese Baseball.
  6. ^ "Index by team". NPB. NPB. Dicapai pada 1 September 2022.
  7. ^ "公式戦 京セラドーム大阪|チケット|阪神タイガース公式サイト" [Regular Season in Osaka Dome|Tickets|Hanshin Tigers Official Site]. hanshintigers.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2023-08-10.
  8. ^ "スタジアムトップ" [Stadiums]. Orix Buffaloes Official Website (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2023-08-10.
  9. ^ Mellin, Joshua (2023-04-30). "Battles Erupt Over Plan to Demolish Meiji Jingu Stadium". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2023-05-26.
  10. ^ 【記録員コラム】29都道府県、52球場を駆け巡った西日本パイレーツ(日本野球機構)
  11. ^ 中日ドラゴンズ, penyunting (2006). 中日ドラゴンズ70年史. 中日新聞社. m/s. 50. ISBN 4806205141.
  12. ^ ホエールズ&ベイスターズ60年の軌跡. B.B.MOOK スポーツシリーズ. ベースボール・マガジン社. 2009. m/s. 66. ISBN 9784583616179.
  13. ^ Yomiuri Shimbun, February 26, 1957, page 4, "Daiei and Takahashi to merge in Pacific League this year, 7 team system, Owners' Meeting Fails to Realize Six Team System"
  14. ^ Mainichi Shimbun, November 25, 1957, page 7 [Pacific's 6-team system realized; Mainichi and Daiei to merge in the middle of next month]
[sunting | sunting sumber]