Takau injap
Takau Injap | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Psarisomus Swainson, 1837
|
Spesies: | P. dalhousiae
|
Nama binomial | |
Psarisomus dalhousiae Jameson, 1835
|
Takau injap atau takau ekor panjang (Psarisomus dalhousiae)[2][3][4] ialah spesies burung takau dalam keluarga Eurylaimidae yang terdapat di Himalaya menjangkau timur melalui timur laut India ke Asia Tenggara. Ia satu-satunya burung dalam genus Psarisomus.
Burung ini tinggal di dalam hutan di sepanjang taburannya. Di Malaysia, ia merupakan spesies burung yang dilindungi sepenuhnya.
Taksonomi[sunting | sunting sumber]
Nama genus Psarisomus dijejak daripada nama Psaris, sinonim nama genus Tityra dan kata bahasa Yunani σῶμα sōma "badan".[5] Nama saintifiknya memperingati Christina Broun, Countess bagi Dalhousie (1786–1839), isteri kepada George Ramsay, Earl ke-9 bagi Dalhousie.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Takau injap sekitar 25 sm (10 inci) panjang dan seberat antara 50 dan 60 gram. Kepalanya ada corak berwarna hitam dan kuning,[4] seluruh mukanya berwarna kuning.[6]
Badannya penuh bulu pelepah berwarna hijau. Ekornya panjang berwarna biru dengan bahagian bawah berwarna hitam.[4]
Ia dapat dikenali melalui panggilannya yang nyaring. Burung ini malu dan biasanya menyorok dalam dedaun pokok.[6]
Tabiat[sunting | sunting sumber]
Pemakanan[sunting | sunting sumber]
Takau injap merupakan burung hutan yang memakan serangga. Ia hidup berkumpulan dan biasanya terbang dalam kawanan yang besar dan bising kecuali semasa musim mengawan.
Pembiakan[sunting | sunting sumber]
Ia membina sarang berbentuk buah pear di atas pokok. Burung betina biasanya bertelur antara 5 dan 6 biji telur dalam satu sangkak yang dieram oleh kedua-dua pasangan; dua-dua burung jantina dan betina turut membantu membesarkan anak mereka.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ BirdLife International (2016). "Psarisomus dalhousiae". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22698747A93701800. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22698747A93701800.en. Dicapai pada 23 November 2022.
- ^ Kamus Lengkap, Volume 1, Awang Sujai Hairul, Yusoff Khan, Malay-English dictionary.
- ^ "SCHEDULE THREE, TOTALLY PROTECTED BIRDS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-22. Dicapai pada 2013-06-17.
- ^ a b c Jeyarajasingam, Allen (2012). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore (ed. kedua). New York, Amerika Syarikat: OUP Oxford. m/s. 259. ISBN 978-0-19-963942-7.
- ^ Jobling, James A. (2010). "Psarisomus" (PDF). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, United Kingdom: Christopher Helm. m/s. 319. ISBN 978-1-4081-2501-4.
- ^ a b Lim, Pamela (30 November 2007). "Flocking of Long-tailed Broadbill". Bird Ecology Study Group. Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian. Dicapai pada 23 November 2022.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Spesies kurang membimbangkan Senarai Merah IUCN
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Burung
- Eurylaimidae
- Burung Asia Tenggara
- Burung di Bangladesh
- Burung di Kemboja
- Burung di Burma
- Burung di Malaysia
- Burung di Indonesia
- Burung di Vietnam
- Burung di Laos
- Burung di Thailand
- Burung di Asia
- Burung di Afghanistan
- Burung di Pakistan
- Burung di Bhutan
- Burung di China
- Burung di India
- Burung di Nepal
- Burung monotaip umum