Takefusa Kubo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takefusa Kubo
Maklumat peribadi
Nama penuh Takefusa Kubo
Tarikh lahir (2001-06-04) 4 Jun 2001 (umur 22)
Tempat lahir Kawasaki,Wilayah Kanagawa, Jepun
Ketinggian 1.73 m (5 ft 8 in)[1]
Posisi permainan Pemain Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
RCD Mallorca (dipinjam dari Real Madrid)
Nombor 17
Kerjaya remaja
2008–2009 FC Persimmon
2008–2010 Tokyo Verdy
2010–2011 Kawasaki Frontale
2011–2015 Barcelona
2015–2016 FC Tokyo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2018 FC Tokyo B-23 34 (5)
2016–2019 FC Tokyo 19 (4)
2018Yokohama F. Marinos (pinjaman) 5 (3)
2019– Real Madrid 0 (0)
2019–2020RCD Mallorca (pinjaman) 35 (4)
2020–2021Villarreal (pinjaman) 13 (0)
2021Getafe (pinjaman) 18 (1)
2021–RCD Mallorca (pinjaman) 10 (1)
Pasukan kebangsaan
2015–2016 Jepun B16 17 (11)
2016–2017 Jepum B17 11 (4)
2016–2018 Jepun B20 15 (3)
2018 Jepun B21 2 (0)
2019– Jepun B23 16 (7)
2019– Jepun 13 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 01:46, 5 Disember 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 Disember 2021

Takefusa Kubo (Jepun: 久保 建英, Hepburn: Kubo Takefusa, lahir 4 Jun 2001) adalah pemain bola sepak profesional Jepun[2]. Beliau sekarang bermain untuk kelab RCD Mallorca secara pinjaman dari Real Madrid dan pasukan kebangsaan Jepun.

Karier Kelab[sunting | sunting sumber]

Permulaan karier[sunting | sunting sumber]

Takefusa Kubo memulakan kariernya sebagai pemain bolasepak seawal umur 7 tahun dengan menyertai FC Persimmon, sebuah kelab tempatan di bandar kelahirannya, Kawasaki. Pada Ogos 2009, beliau telah dianugerahkan gelaran MVP (Most Valuable Player atau Pemain Paling Bernilai) di kem bola sepak FC Barcelona[3] yang ketika itu beliau berusia 8 tahun. Pada April 2010, beliau telah dipilih sebagai ahli pasukan FC Barcelona School dan menyertai Piala Sodexo European Rusas yang diadakan di Belgium. Beliau telah dianugerahkan gelaran MVP walaupun pasukannya menamatkan saingan di tempat ketiga. Selepas pulang, beliau mulai bermain untuk pasukan remaja Kawasaki Frontale.

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2011, Takefusa Kubo telah dijemput untuk menyertai akademi remaja FC Barcelona, La Masia selepas berjaya melepasi ujian percubaan. Beliau mulai bermain untuk Barca Aleví C (B11). Pada musim penuh pertamanya (2012-2013), beliau menjadi penjaring terbanyak liga dengan 74 gol dalam 30 penampilan. Pada musim penuh ketiganya, beliau telah dinaikkan ke Barca Infantil A (B14). Kelab Sepanyol itu kemudiannya telah didapati melanggar polisi FIFA mengenai perpindahan pemain antarabangsa bawah 18 tahun, menyebabkan Kubo tidak dibenarkan bermain untuk kelab. Beliau pulang semula ke Jepun dalam mencari waktu permainan dan akhirnya menyertai pasukan remaja FC Tokyo.

FC Tokyo[sunting | sunting sumber]

Takefusa Kubo menyertai pasukan B18 FC Tokyo pada 2016. Pada September 2016, beliau telah dinaikkan ke pasukan senior ketika berusia 15 tahun. Pada 5 November, beliau melakukan debut untuk pasukan simpanan FC Tokyo di Liga J3 sebagai pemain gantian separuh masa ketika menentang AC Nagano Parceiro.[2][4]Dia membuat debut profesionalnya pada rekod Liga J. ketika berusia 15 tahun, lima bulan dan satu hari. Pada 15 April 2017, Kubo menjadi penjaring gol termuda Liga J. ketika berusia 15 tahun 10 bulan dalam kemenangan 1-0 menentang Cerezo Osaka B23.[5]Pada 3 Mei, beliau melakukan debut bersama pasukan utama dalam Piala YBC Levain Liga J. ketika menang 1-0 menentang Hokkaido Consadole Sapporo. Pada November 2017, FC Tokyo mengumumkan kemas kini kepada kontrak Kubo yang menambah baik gaji untuk membayarnya sebagai ahli pasukan utama.

Yokohama F. Marinos (pinjaman)[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Ogos 2018, beliau telah menyertai Yokohama F. Marinos secara pinjaman setengah musim.[6] Beliau terus menjaringkan gol ketika debut menentang Vissel Kobe di tempat lawan.[7]

Mulai permulaan musim 2019, beliau menjadi pemain utama untuk FC Tokyo dalam kedua-dua pertandingan (Piala YBC Levian Liga J dan Liga J) serta menjaringkan gol dalam kedua-dua pertandingan.

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2019, Kubo menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak 5 tahun.Walaupun beliau hanya didaftarkan sebagai pemain pasukan B19,[8] beliau dijangka akan bermain lebih banyak permainan bersama Real Madrid B untuk musim 2019-2020.[9]Namun begitu, beliau kerap kali bermain bersama pasukan utama ketika kempen pra-musim Real Madrid di Amerika Syarikat dan Jerman.[10][11]

RCD Mallorca (pinjaman)[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos 2019, Kubo menyertai RCD Mallorca secara pinjaman selama semusim.[12][13] Beliau menjadi pemain Jepun ketiga dalam sejarah kelab selepas Yoshito Okubo dan Akihiro Ienaga. Pada 1 September, beliau melakukan debut La Liga ketika kalah 2-0 kepada Valencia dengan hanya bermain 15 minit. Beliau menjadi pemain Jepun termuda di dalam kelompok 4 liga terbaik Eropah[meragukan ] yang pernah bermain dalam perlawanan dengan rekod 18 tahun 2 bulan 28 hari.[perlu rujukan]Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 10 November 2019 ketika menentang Villareal dengan kemenangan 3-1. Beliau kemudian menjaringkan gol kedua dalam perlawanan yang sengit ketika seri 3-3 menentang Real Betis. Beliau menjaringkan gol ketiganya dua minggu kemudian ketika menang 2-1 keatas SD Eibar.[14]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]

Villarreal (pinjaman)[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Ogos 2020, beliau telah dipinjamkan kepada Villarreal CF hingga ke penghujung musim 2020-2021.[15][16] Selepas hanya kerap digunakan sebagai pemain gantian, tempoh pinjaman beliau dipendekkan kepada 8 Januari 2021.[17]

Getafe (pinjaman)[sunting | sunting sumber]

Sejurus selepas meninggalkan Villarreal, beliau menyertai Getafe CF secara pinjaman sepanjang baki musim itu.[18][19]

Pulang ke Mallorca (pinjaman)[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Ogos 2021, Kubo menyertai semula RCD Mallorca secara pinjaman selama semusim.[20][21] Pada 4 Disember, beliau menjaringkan gol kemenangan ketika menang 2-1 menentang Atlético Madrid.

Karier pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Kubo telah terlibat dengan pasukan kebangsaan Jepun daripada skuad B15 hingga ke skuad senior. Pada umur 15 tahun, beliau telah dipilih sebagai pemain Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Jepun untuk beraksi di Piala Dunia B-20 FIFA 2017.[22]

Sebelum beliau hampir memasuki umur 18, beliau telah disenaraikan untuk skuad Jepun di kejohanan Copa América 2019, yang merupakan panggilan pertama beliau untuk skuad senior.[23] Beliau melakukan debut pada 9 Jun 2019 dalam perlawanan persahabatan ketika menentang El Salvador sebagai pemain gantian pada minit ke-67 menggantikan Takumi Minamino.[24] Pada Julai 2021, beliau telah dimasukkan ke dalam skuad 22 pemain Jepun bawah 23 untuk Olimpik Musim Panas Tokyo 2020.[25] Pada 22 Julai 2021,Kubo menjaringkan gol pertama Jepun di temasya itu ketika menentang Afrika Selatan.[26]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 5 December 2021[27][28][29]
Kemunculan dan gol untuk kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala Nasional Piala Liga Piala Serantau Lain-lain Jumlah
Division Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals
FC Tokyo 2017 J1 League 2 0 0 0 2 0 4 0
2018 J1 League 4 0 0 0 6 1 10 1
2019 J1 League 13 4 0 0 3 1 16 5
Jumlah 19 4 0 0 11 2 30 6
Yokohama F. Marinos (pinjaman) 2018 J1 League 5 1 1 0 0 0 6 1
Mallorca (pinjaman) 2019–20 La Liga 35 4 1 0 36 4
Villarreal (pinjaman) 2020–21 La Liga 13 0 1 0 5[a] 1 19 1
Getafe (pinjaman) 2020–21 La Liga 18 1 0 0 0 0 18 1
Mallorca (pinjaman) 2021–22 La Liga 8 1 0 0 8 1
Jumlah 98 11 3 0 11 2 5 1 117 14
  1. ^ Kemunculan di Liga Europa UEFA

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Individu

  • UEFA Pasukan Pilihan Terbaik Tahunan (Team of The Year) La Liga : 2019–20[30]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "National Teams|JFA|Japan Football Association" (dalam bahasa Inggeris). www.jfa.jp. Dicapai pada 2019-06-19.
  2. ^ a b "久保 建英 Takefusa KUBO, referred to as 'Japanese Messi'" (dalam bahasa Jepun). J.League Data Site. Dicapai pada 6 Disember 2016.
  3. ^ "Kaptiva Sports Experience football". Kaptiva Sports Experience (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-08-24.
  4. ^ "J. League Data Site". data.j-league.or.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2019-08-24.
  5. ^ "C大23vsF東23のマッチレポート・動画(明治安田生命J3リーグ第5節:2017年4月15日):Jリーグ.jp" [Laporan perlawanan /video Cerezo Osaka B23 vs FC Tokyo B23 (Meiji Yasuda Seimei J3 League Bahagian 5: April 15, 2017): J League.jp] (dalam bahasa Jepun). 30 April 2005. Dicapai pada 31 Mac 2022.
  6. ^ "久保建英選手 期限付き移籍加入のお知らせ" [Notis Pemindahan Pinjaman Takefusa Kubo] (dalam bahasa Jepun). Yokohama F. Marinos. 2018-08-16. Dicapai pada 2018-08-16.
  7. ^ "Salinan arkib" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2018. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  8. ^ "Kubo set to be registered by Real Madrid as youth team player" (dalam bahasa Inggeris). Diario AS. 17 Julai 2019. Dicapai pada 17 Julai 2019.
  9. ^ "Takefusa Kubo is a new Real Madrid player. He joins Castilla from next season" (dalam bahasa Inggeris). Real Madrid CF. 14 Jun 2019. Dicapai pada 14 Jun 2019.
  10. ^ "Kubo: "I'm unhappy with the result but pleased to have made my debut"" (dalam bahasa Inggeris). realmadrid.com. 21 Julai 2019. Dicapai pada 21 Julai 2019.
  11. ^ "Kubo: I signed for Real Madrid because they had a plan for my future". MARCA in English (dalam bahasa Inggeris). 2019-10-18. Dicapai pada 2019-10-18.
  12. ^ "Kubo joins RCD Mallorca on loan from Real Madrid" (dalam bahasa Inggeris). rcdmallorca.es. 22 Ogos 2019. Dicapai pada 22 Ogos 2019.
  13. ^ "Official Announcement: Kubo" (dalam bahasa Inggeris). realmadrid.com. 22 Ogos 2019. Dicapai pada 22 Ogos 2019.
  14. ^ "Takefusa Kubo makes LaLiga debut" (dalam bahasa Inggeris). CoolJapanSoccer. 2 September 2019. Dicapai pada 2 September 2019.
  15. ^ "Welcome Kubo!" (dalam bahasa Inggeris). villarrealcf.es. 10 Ogos 2020. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
  16. ^ "Official Announcement: Kubo" (dalam bahasa Inggeris). realmadrid.com. 10 Ogos 2020. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
  17. ^ "Official announcement: Take Kubo" (dalam bahasa Inggeris). Villarreal CF. 8 Januari 2021. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  18. ^ "Official Announcement: Takefusa Kubo" (dalam bahasa Inggeris). Real Madrid. 8 Januari 2021. Dicapai pada 8 January 2021.
  19. ^ "COMUNICADO OFICIAL: Take Kubo" [PENGUMUMAN RASMI:Take Kubo] (dalam bahasa Sepanyol). getafecf.com. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  20. ^ "Official Announcement: Kubo | Real Madrid CF". Real Madrid C.F. (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  21. ^ "Take Kubo returns to RCD Mallorca" (dalam bahasa Inggeris). rcdmallorca.es. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  22. ^ "U-20 Japan National Team squad, schedule – FIFA U-20 World Cup Korea Republic 2017 (5/20-6/11)". JFA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-02.
  23. ^ "Takefusa Kubo, 17, named to Japan's senior national squad for first time". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 23 May 2019. Dicapai pada 2019-06-05.
  24. ^ "Japan v El Salvador game report" (dalam bahasa Inggeris). ESPN. 9 Jun 2019.
  25. ^ "U-24 Japan National Team Squad - Games of the XXXII Olympiad (Tokyo 2020)【7/21-8/7】, KIRIN CHALLENGE CUP 2021【7/12@Osaka, 7/17@Hyogo】". www.jfa.jp (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Bola Sepak Jepun(JFA). 22 June 2021. Dicapai pada 22 Jun 2021.
  26. ^ "Football - Japan vs South Africa - Group A Results" (dalam bahasa Inggeris).
  27. ^ "T. Kubo". Soccerway (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 December 2021.
  28. ^ Nippon Sports Kikaku Publishing inc./日本スポーツ企画出版社, "J1&J2&J3選手名鑑ハンディ版 2019 (NSK MOOK)",Bahasa Melayu;Direktori pemain J1 & J2 & J3 tahun 2019, 9 Februari 2019, Jepun, ISBN 978-4905411628 (mukasurat 50 dari 289)
  29. ^ Nippon Sports Kikaku Publishing inc./日本スポーツ企画出版社, "2017 J1&J2&J3選手名鑑 (NSK MOOK)",Bahasa Melayu;Direktori pemain J1 & J2 & J3 tahun 2017, 8 Februari 2017, Jepun, ISBN 978-4905411420 (mukasurat 82 dari 289)
  30. ^ "Equipo Revelación de La Liga 2019/20" [Pasukan Pilihan Terbaik Tahunan La Liga musim 2019-2020] (dalam bahasa Sepanyol). UEFA. 21 Julai 2020.