Takur gunung (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Takur gunung
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Megalaimidae
Genus: Psilopogon
Spesies:
P. monticola
Nama binomial
Psilopogon monticola
(Sharpe, 1889)
Sinonim

Megalaima monticola

Takur gunung (Psilopogon monticola) ialah spesies takur dalam keluarga Megalaimidae. Ia endemik di pulau Borneo.[2] Habitat semulajadinya ialah hutan tanah pamah lembap subtropika atau tropika dan hutan pergunungan lembap subtropika atau tropika.

Ia serupa takur raya betina tetapi mempunyai paruh yang lebih kecil dan tidak bertompok merah di pangkal bulu kejur pada setiap sisi paruh atas.

Tingkah laku dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Takur gunung utamanya memakan buah-buahan, tetapi juga akan memakan pelbagai jenis serangga, seperti semut, reriang, pepatung, cengkerik, belalang, kumbang, rama-rama, dan mentadak.

Ia bersarang di lubang pokok dan betina biasanya bertelur 2 hingga 4 biji telur, yang dieram selama 13 hingga 15 hari.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2016). "Psilopogon monticola". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22681643A92915081. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22681643A92915081.en. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ Phillipps, Quentin & Phillipps, Karen (2011). Phillipps' Field Guide to the Birds of Borneo. Oxford, UK: John Beaufoy Publishing. ISBN 978-1-906780-56-2.
  3. ^ "Mountain Barbets". Beauty Of Birds. 2014. Dicapai pada 2016-07-13.