Pergi ke kandungan

Takwim Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Takwim Rom pentarikhan rasmi digunakan masyarakat Rom purba sepanjang zaman-zaman Empayar dan Republik. Ia merupakan asas kepada takwim Julius dari abad pertama SM ke abad ke-16 sebelum diubahsuai kemudiannya kepada takwim Gregorius yang lazim piawai antarabangsa ISO 8601 kini.

Penghitungan

[sunting | sunting sumber]

Zaman kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Takwim pertama digunakan masyarakat Romawi dibahagikan kepada sepuluh bulan tetap[1][2] - bulan-bulan ini terbahagi kepada 2 kelompok yakni pleni menses ("bulan-bulan penuh") terdiri dari 31 hari dan cavi menses ("bulan-bulan ronggang") yang 30 hari.[a][4] Terdapat lebih 50 hari tersisa yang dikira tempoh "musim dingin" kerana kegiatan pertanian tidak penting pada waktu ini, meskipun catatan sejarah Licinius Macer ada menyatakan bahawa takwim Romawi awal sebaliknya menggunakan interkalasi[5][6] manakala Macrobius menyatakan hari-hari sisa ini ditambahkan secukupnya pada hujung kitaran 10 bulan sampai dikira tepat masuk musim panas.[7][8] Para penulis Romawi pada abad-abad kemudian menyatakan takwim tersebut diciptakan pengasas mereka Romulus.[9][10]

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Nama bulan (mensis) Martius Aprilis Maius Iunius Quintilis Sextilis September October November December
Sempena dewa perang Mars[11] aperire "membuka" yakni terbukanya segala bunga pokok tanah,[12][11] atau Aphrodite Maia,[11] dewi Tujuh Beradik ibu Hermes[13] dewa kelahiranJuno[11] (Bulan) Kelima[11] (Bulan) Keenam[11] (Bulan) Ketujuh[11] (Bulan) Kelapan[11] (Bulan) Kesembilan[11] (Bulan) Kesepuluh[11]
Panjang
(hari)
[1][2]
31 30 31 30 31 30 30 31 30 30

Tradisi lain didapati dari Plutarchus dalam Kehidupan Paralel yang menceritakan bahwa kalender Romulus adalah tahun surya tetapi berpegang pada prinsip umum bahwa tahun ini harus berlangsung selama 360 hari. Bulan-bulan ditetapkan secara sekunder dan sembarangan, dengan beberapa memiliki 20 hari dan lainnya 35 hari atau lebih.[14][15]

Zaman Republik

[sunting | sunting sumber]

Suatu takwim baharu diwujudkan pada zaman kerajaan Numa Pompilius tahun 715/6 SM pengganti Romulus: baginda membahagikan satu tahun kepada 12 bulan menambahkan 50 tahun dengan setiap bulan genap diambil sehari menghasilkan dua bulan setiap satu 28 hari.[16] Bulan ke-3, 5, 7, dan 10[b] masing-masing memiliki 31 hari; semua bulan-bulan lainnya memiliki 29 hari, kecuali bulan Februari yang ada 28 hari selama tiga tahun yakni 29 hari setiap tahun keempat. Satu tahun biasa dalam takwim ini keseluruhannya berjumlah 354 hari; tetapi sehari ditambahkan lagi untuk mengganjilkan jumlah hari tersebut seiring kepercayaan tahayul Romawi tentang nasib malang angka genap[16] malah mungkin juga dari ajaran Pythagoras tentang kemujuran angka-angka ganjil.[17] Plutarkhos percaya Numa yang menempatkan Januari dan Februari pada awal takwim baharu ini manakala Ovidius pula berpendapat urutan itu ditetapkan sebulat suara Decemviri.[18][19] Selain itu juga, satu bulan baru iaitu Mercedonius ditambahkan setiap empat tahun.[4]

1 2 (bulan sisipan tahun lompat) 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Nama bulan (mensis) Ianuarius Februarius Mercedonius/ Intercalaris Martius Aprilis Maius Iunius Quintilis Sextilis September October November December
Sempena dewa permulaan Ianus februa, alatan penyucian upacara Lupercalia merces "upah" Mars Aphrodite Maia Juno (Bulan) Kelima (Bulan) Keenam (Bulan) Ketujuh (Bulan) Kelapan (Bulan) Kesembilan (Bulan) Kesepuluh
Panjang
(hari)
[20][21][14][15]
29 28 23 31 29 31 29 31 29 29 31 29 29

Tanggal hari

[sunting | sunting sumber]

Sebulan dalam kededua takwim baru dan takwim lama ditandakan tiga tanggal utama:[22][23]

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Censorinus, Macrobius, dan Solinus, dikutip dalam Key.[3]
  2. ^ Yaitu, bulan ke-1, ke-3, ke-5, dan ke-8 sebelum diperkenalkan dan ditempatkannya bulan Januari dan Februari.
  3. ^ a b The original 31-day months of the Roman calendar were March, May, Quintilis or July, and October.
  1. ^ a b Macrobius, Book I, Ch. 12, §3.
  2. ^ a b Kaster (2011), m/s. 137.
  3. ^ Key (1875).
  4. ^ a b Mommsen & al. (1864), m/s. 218.
  5. ^ Macrobius, Book I, Ch. 13, §20.
  6. ^ Kaster (2011), m/s. 165.
  7. ^ Macrobius, Book I, Ch. 12, §39.
  8. ^ Kaster (2011), m/s. 155.
  9. ^ Macrobius, Book I, Ch. 12, §§5 & 38.
  10. ^ Kaster (2011), m/s. 137 & 155.
  11. ^ a b c d e f g h i j British Museum (29 December 2017). "What's in a name? Months of the year". Dicapai pada 8 May 2022.
  12. ^ menurut buku Fasti Praenestini
  13. ^ Wiseman, Timothy Peter (1995). Remus: A Roman Myth. Cambridge University Press. m/s. 71. ISBN 9780521483667.
  14. ^ a b Plutarch, Ch. 18.
  15. ^ a b Perrin (1914), m/s. 368 ff.
  16. ^ a b Grout, James (2023), "The Roman Calendar", Encyclopaedia Romana, Chicago: University of Chicago
  17. ^ Mommsen & al. (1864), m/s. 219.
  18. ^ Ovid, Book II.
  19. ^ Kline (2004), Book II, Introduction.
  20. ^ Macrobius.
  21. ^ Kaster (2011).
  22. ^ a b c d Beck (1838), m/s. 175.
  23. ^ Garner, Kelly (12 Mac 2021). "The Ides of March - a quick lesson on the Roman calendar". St Neots Museum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Mac 2024.
  24. ^ a b Ovid, Book I, ll. 55–56.
  25. ^ a b Kline (2004), Book I, Introduction.
  26. ^ a b Beck (1838), m/s. 176.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]