Romulus dan Remus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Romulus
Raja Rom
0 Lupa Capitolina (2).JPG
Pemerintahan ?, 753 SM - 717 SM
Pendahulu tiada
Pengganti Numa Pompilius
Ayahanda Mars
Bonda Rhea Silvia

Romulus (c. 771 SM[1]c. 717 SM) dan Remus (c. 771 SM–c. 753 SM) ialah pengasas-pengasas negara kota Rom, yang wujud dalam mitos Rom sebagai anak kembar[2] paderi wanita Rhea Silvia dan tuhan api, Mars. Menurut tradisi yang dicatat sebagai sejarah oleh Plutarch dan Livy, Romulus menjadi Raja Rom yang pertama.

Romulus membunuh Remus dalam merebut restu dewa-dewi untuk memerintah negara kota baharu, sekaligus menamakannya. Maka, nama yang diberikan kepada kota itu berbunyi "Rom." Kononnya, Romulus berdiri di sebuah bukit yang bernama Bukit Palatino dan Remus berdiri di sebuah lagi bukit yang bernama Bukit Aventino, disitu terdapat tujuh buah bukit tetapi masing-masing berminat pada bukit Palatino dan Aventino sahaja. Sekawan burung-burung berterbangan atas jasad Romulus, menandakan bahawa dialah yang sepatutnya menjadi raja di negara kota tersebut. Kedua-dua mereka bertengkar hingga membawa kepada peristiwa bergaduh dan berbunuhan. Romulus telah membunuh Remus. Setelah mengasaskan Rom, Romulus bukan sahaja mewujudkan Legion Rom dan Senat Rom, bahkan juga menambah jumlah warga ke dalam kota barunya dengan menculik kaum wanita puak Sabine di kawasan berdekatan lalu menghasilkan campuran orang-orang Sabine dan Rom menjadi satu bangsa. Romulus kemudiannya menjadi penakluk teragung di Rom kuno kerana menambah banyak wilayah dan warga ke dalam taklukan Rom. Selepas mangkat, Romulus didewakan menjadi dewa Quirinus, iaitu persona ketuhanan bangsa Rom. Kini Romulus dianggap sebagai tokoh mitos, dan dipercayai bahawa namanya merupakan pembentukan terbalik dari nama Rom, yang mungkin sekali berasal dari suatu perkataan bagi "sungai". Sesetengah cendekiawan, khususnya Andrea Carandini percaya akan kesahihan sejarah Romulus, sebahagiannya kerana penemuan Murus Romuli di cerun utara Bukit Palatine di Rom pada tahun 1988.[3]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Sebelum mengasaskan negara kota Rom, semasa mereka masih kecil. Romulus dan Remus hidup sebatang kara. Kedua ibu bapanya telah dibunuh oleh bapa saudaranya, Raja Amulius. Baginda juga membuang pasangan kembar tersebut ke dalam Sungai Tiber. Mereka dihanyutkan dan diselamatkan oleh seekor serigala betina (Capitoline Wolf). Mereka yang masih kecil ketika itu, telah menyusu dengan serigala tersebut sehinggalah mereka diselamatkan oleh seorang pengembala lalu dibawanya mereka tinggal bersamanya sehinggalah dewasa. Setelah dewasa, Romulus dan Remus telah menuntut bela keatas pembunuhan kedua ibu bapanya. Mereka berjaya membunuh Raja Amulius, lantas terus menubuhkan negara kota yang baharu.

Ikonografi[sunting | sunting sumber]

Romulus dan Remus. Didrachm perak (6.44 g). Ca 269-266 SM

Gambar-gambar kuno kembar Rom ini lazimnya mengikut tradisi simbolik tertentu, bergantung pada legenda yang diikuti: sama ada mereka mengikut kisah gembala, serigala betina, kembar di bawah pokok ara, dan seekor dua burung (Livy, Plutarch); atau mereka menggambarkan dua orang gembala, serigala betina, kemabr dalam gua, jarang sekali ada pokok ara, dan tiada pun seekor burung (Dionysius dari Halicarnassus).

Terdapat juga syiling-syiling bercetakkan makhluk Lupa dan kembar yang kecil di bawahnya.

"Raja-raja gembala", iaitu gelaran untuk Romulus oleh sesetengah pengkaji mitos, dihancurkan menjadi cebisan dalam suatu upacara keagamaan rahsia di penghujung "pemerintahan" mereka dan bermulanya pemerintahan "raja" seterusnya. Identiti mitos yang mencerminkan amalan keagamaan purba itu mungkin disokong dalam notasi oleh Livy yang dikatakan sesetengah pihak bahawa "beginilah nasibnya". Misteri dan upacara keagamaan perlu dirahsiakan, maka khabar itu hanya mampu ditafsir dan bukannya diketahui hakikatnya.

Keranda Franks, sebuah peti khazanah Anglo-Saxon dari awal abad ke-7 memaparkan Romulus dan Remus dalam keadaan aneh, dua ekor serigala dan bukannya seekor, sebuah dusun dan bukannya pokok atau gua, empat pahlawan melutut dan bukannya dua orang gembala. Seperti yang ditandakan tulisan rune ("jauh dari rumah"), adik-beradik kembar ini digelar Dioscuri, pembantu di pelayaran seperti Castor dan Polydeuces. Keturunan mereka dari dewa perang Rom mentakdirkan mereka menjadi pembantu dalam perjalanan menuju medah perang. Oleh itu, pengukir mengalihkan mereka ke dalam kepercayaan Jermanik dan menyertakan serigala peliharaan dewa Woden bersama mereka. Maka gambar ini bersama lima lagi lakaran lain digunakan untuk mempengaruhi pembentukan "wyrd", iaitu tuah dan nasib seorang raja pahlawan.

Didahului oleh
'-'
Raja Rom
753717 SM
Diikuti oleh:
Numa Pompilius

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tarikh lahir sebenar Romulus dan Remus masih tidak kita ketahui. Plutarch berkata Romulus berusia 53 tahun ("dalam tahun ke-54 usianya") sewaktu meninggal dunia pada 717 SM. Jika benar, maka Romulus dan Remus mesti dilahirkan pada tahun 771 SM, lalu memulakan pengasasan Rome ketika berusia1 18 tahun.
  2. ^ Tema adik-beradik kembar dalam mitos berakar umbi dalam mitos Mediterranean: bandingkan Castor dan Polydeuces dari Sparta (Dioscuri) dan Amphion dan Zethus dari Thebes.
  3. ^ Carandini. La nascita di Roma. Dèi, lari, eroi e uomini all'alba di una civiltà (Torino: Einaudi, 1997) and Carandini. Remo e Romolo. Dai rioni dei Quiriti alla città dei Romani (775/750 - 700/675 a. C. circa) (Torino: Einaudi, 2006)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]