Taman Nara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam di Taman Nara
Panorama udara Taman Nara
Satu lagi perspektif udara Taman Nara
Panorama udara Taman Nara menghadap bandar lama

Taman Nara (Jepun: 奈良公園, Hepburn: Nara Kōen) ialah taman awam yang terletak di bandar Nara, Jepun, di kaki Gunung Wakakusa. Dibangunkan pada tahun 1880, ia merupakan salah satu taman tertua di Jepun. Secara pentadbirannya, taman tersebut di bawah kawalan Wilayah Nara. Taman tersebut adalah salah satu "Tempat Indah Pemandangan" yang dianugerah oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT). Lebih 1,200 wild rusa sika (シカ or 鹿 shika) yang merayau bebas di dalam taman tersebut juga dianugerah oleh MEXT, dikelaskan sebagai khazanah semulajadi. Walaupun saiz rasmi taman tersebut ialah kira-kira 502 hektar (1,240 ekar), kawasan termasuk tanah Tōdai-ji, Kōfuku-ji, Kasuga Grand Shrine and Nara National Museum, yang samada berada di sisi atau dikelilingi Taman Nara, ialah sebesar 660 hektar (1,600 ekar).

Taman Nara bermula pada tahun 1880, apabila kawasan seluas 14 hektar di dalam kawasan Kofuku-ji, yang merupakan tanah milik kerajaan, telah ditetapkan sebagai taman. Pada tahun 1889, Todai-ji, Kasugano, dan kawasan pergunungan seperti Gunung Wakakusa telah ditambah, mengembangkan taman tersebut kepada 535 hektar. Dari 1949 hingga 1951, penamaan taman di dalam kawasan kuil telah dibatalkan, mengurangkan keluasan kepada 500 hektar. Pada tahun 1960, ia secara rasmi ditetapkan sebagai Taman Nara di bawah Akta Taman Bandar, dengan keluasan 502 hektar.[1]

Haiwan liar yang mendiami taman tersebut termasuk rusa, babi hutan, anjing rakun Jepun, tupai terbang gergasi Jepun, tupai, dan lain-lain. Tumbuhan terdiri daripada pokok pain, pokok sakura, pokok mapel, pokok plum, cedar Jepun dan pieris Jepun, dan lain-lain.[2]

Tapak Warisan Dunia, Khazanah Negara dan Harta Budaya Penting[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Wilayah Nara menganggap jumlah kawasan Taman Nara bukan sahaja kawasan yang ditetapkan seluas 502 hektar yang ditakrifkan oleh Akta Taman Bandar, tetapi juga tempat-tempat suci Shinto di sekelilingnya, kuil Buddha, dan kawasan lain yang berjumlah 660 hektar. Di dalam kawasan seluas 660 hektar ini, terdapat Tapak Warisan Dunia, serta pelbagai Khazanah Negara, Harta Budaya Penting dan Monumen Semulajadi (Hepburn: Tennen Kinenbutsu) yang ditetapkan oleh kerajaan Jepun. Todai-ji, Kofuku-ji, Kuil Besar Kasuga, dan Hutan Perdana Kasugayama didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah gelaran Monumen Bersejarah Nara Purba. Terdapat 47 bangunan yang ditetapkan sebagai Khazanah Negara dan Harta Budaya Penting atas dasar Todai-ji, Kofuku-ji, Kuil Besar Kasuga, Shōsōin, Shin-Yakushi-ji, Gangō-ji, dan lain-lain. Terdapat 374 seni dan kraf yang ditetapkan sebagai Khazanah Negara dan Harta Budaya Penting, terutamanya terdiri daripada patung Buddha dan seni dan kraf keagamaan yang terdapat di kuil Buddha dan kuil Shinto. Hutan Perdana Kasugayama ditetapkan sebagai Monumen Semulajadi Istimewa (Hepburn: Tokubetsu Tennen Kinenbutsu), manakala rusa, habitat kupu-kupu Panchala ganesa, hutan pokok Nageia nagi di Kuil Besar Kasuga, dan pokok Prunus verecunda 'Antiqua' Chisokuin adalah ditetapkan sebagai Tugu Alam.[2]

Rusa[sunting | sunting sumber]

Rusa Sika di Taman Nara

Menurut cerita rakyat tempatan, rusa sika dari kawasan ini dianggap suci kerana lawatan Takemikazuchi, salah satu daripada empat dewa Kuil Besar Kasuga.[3] Dia dikatakan telah dijemput dari Kuil Kashima di Wilayah Ibaraki kini,[4] dan muncul di Gunung Mikasa (juga dikenali sebagai Gunung Wakakusa) menunggang rusa putih. Sejak itu, rusa dianggap bersifat kedewaan dan suci oleh Kuil Besar Kasuga dan Kōfuku-ji.[4] Membunuh salah satu rusa suci ini adalah satu kesalahan besar sehingga 1637, tarikh terakhir yang direkodkan pelanggaran undang-undang tersebut.[4]

Keropok dijual untuk memberi makan rusa

Selepas Perang Dunia II, rusa secara rasmi dilucutkan status suci/kedewaannya,[4] dan sebaliknya ditetapkan sebagai monumen semulajadi (天然記念物Tennen kinenbutsu) dan dilindungi sedemikian. Kini, pengunjung boleh membeli "keropok rusa" (鹿煎餅Shika-senbei) untuk memberi makan rusa di taman. Keropok tersebut dijual secara eksklusif oleh syarikat WNOW.[3]

Pada Januari 2023, pasukan penyelidikan bersama dari Universiti Fukushima, Universiti Yamagata dan Universiti Pendidikan Nara mendedahkan bahawa antara rusa sika yang mendiami Semenanjung Kii, kelompok yang di Taman Nara membentuk populasi genetik yang unik.[5][6] Hasil penyelidikan genetik berskala besar menunjukkan bahawa walaupun 18 genotip DNA mitokondria dikesan dalam rusa yang hidup di Semenanjung Kii, hanya satu daripada genotip ini dikesan dalam rusa yang tinggal di Taman Nara, yang tidak terdapat pada rusa yang tinggal di kawasan lain di Semenanjung Kii. Pembezaan genetik rusa Taman Nara daripada populasi rusa Semenanjung Kii berlaku kira-kira 1,400 tahun yang lalu, yang secara genetik hampir dengan tahun 768, ketika Kuil Besar Kasuga dibina. Hasil penyelidikan ini mengesahkan bahawa orang Jepun telah melindungi rusa di kawasan ini selama lebih daripada 1,000 tahun sebagai utusan Takemikazuchi, dewa utama Kuil Besar Kasuga, dan ini telah membolehkan rusa di kawasan ini mengekalkan populasinya, dari generasi ke generasi.[7][8]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Taman Nara Park dan Gunung Wakakusa dari pejabat kerajaan wilayah Nara
  1. ^ 奈良公園基本戦略 参考資料2 (PDF) (dalam bahasa Jepun). Nara Prefecture. m/s. 42, 43. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 June 2022. Dicapai pada 13 June 2023.
  2. ^ a b 奈良公園基本戦略 参考資料1 (PDF) (dalam bahasa Jepun). Nara Prefecture. m/s. 2‐6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 March 2023. Dicapai pada 13 June 2023. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "kihon1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b Fodor's Japan 18th Edition (2007)
  4. ^ a b c d Noburu Ogata. "Soramitsu, history and geography of Nara, Japan". Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "soramitsu" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Takagi, Toshihito; Murakami, Ryoko; Takano, Ayako; Torii, Harumi; Kaneko, Shingo; Tamate, Hidetoshi B (30 January 2023). "A historic religious sanctuary may have preserved ancestral genetics of Japanese sika deer (Cervus nippon)". Journal of Mammalogy. doi:10.1093/jmammal/gyac120. PMC 10075338 Check |pmc= value (bantuan). Dicapai pada 7 February 2023.
  6. ^ [Press Release] Protecting Messengers of the Gods: Conservation of Nara Park Deer has Resulted in Unique Genetic Lineage 福島大学. Fukushima University. 15 March 2023. Dicapai pada 16 March 2023.
  7. ^ 奈良のシカ、独自の遺伝子型保つ 人の保護で千年以上維持か (dalam bahasa Jepun). Livedoor News. 31 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2023. Dicapai pada 31 January 2023.
  8. ^ 奈良公園の鹿に独自の特徴 千年超の歴史、DNAと資料でしかと確認 (dalam bahasa Jepun). Asahi Shimbun. 31 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2023. Dicapai pada 31 January 2023.

34°41′06″N 135°51′00″E / 34.685°N 135.85°E / 34.685; 135.85