Taman Seri Mangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Seri Mangga adalah sebuah pekan kecil di daerah Melaka Tengah,Melaka,Malaysia.Taman Seri Mangga terletak kira-kira 8km di utara bandar Melaka.Taman tersebut mula diterokai sekitar tahun 1998.Taman Seri Mangga dahulunya dikenali sebagai ‘Mangga Road' atas sebab banyak tanaman pokok mangga di kawasan tersebut.Taman tersebut masih sedang dibangunkan perumahan di kawasan sekitarnya hingga ke hari ini.

Kawasan perumahan di Taman Seri Mangga semakin bertambah dan dimajukan kerana mempunyai petempatan baru atas sebab kawasan tersebut berada dalam kawasan bandar serta pertambahan kemudahan asas yang memudahkan penduduk Taman Seri Mangga.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Taman Seri Mangga merupakan kawasan sawah padi sebelum wujudnya petempatan.Kebanyakan perumahan yang dibina di kawasan tersebut kerana sebuah syarikat pemaju Melayu telah memajukan pembinaan perumahan di kawasan Taman Seri Manggga.Malangnya,projek pembinaan mereka terpaksa berhenti disebabkan kekurangan dana.Selepas beberapa tahun,pemaju harta tanah baru,Syarikat JS Properties telah meneruskan projek pembinaan tersebut supaya dapat menampung pertambahan bilangan penduduk di Taman Seri Mangga.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Taman Seri Mangga dari kawasan sawah padi telah menjadi kawasan perumahan dan terdapat pembangunan yang pesat di sekitarnya seperti pembangunan projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).Pada tahun 1996,seramai 86 orang penduduk yang mendiami di kawasan Taman Seri Mangga tetapi 12 tahun selepas kawasan tersebut semakin dimajukan,penduduknya semakin ramai dan bertambah iaitu 1218 orang.

Sebanyak 117 buah rumah telah dibina di kawasan tersebut,kebanyakan penduduk di taman tersebut berbangsa Melayu,terdapat 74 buah rumah,35 buah rumah orang Cina dan 8 buah rumah orang India.Seramai 62% ialah orang Melayu,31% ialah orang Cina,5% ialah orang India dan kaum-kaum lain ialah 2%.