Tanah Tinggi Minangkabau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Minangkabau sekitar 1892-1905. Gambar diambil oleh Christiaan Benjamin Nieuwenhuis

Tanah Tinggi Minangkabau ialah sebuah kawasan pergunungan di Sumatera Barat yang dikelilingi tiga buah gunung (Gunung Marapi, Gunung Singgalang, dan Gunung Sago) di tengah-tengah Sumatra, Indonesia. Ia ialah tempat asal untuk Orang Minangkabau yang merujuk kepadanya sebagai Alam Minangkabau.[1] Kawasan ini membentuk sebuah kerajaan yang dikenali sejak sekurang-kurangnya abad ke-7 sebagai Malayu.[2]

Berkemungkinan bahawa penanaman beras bersawah berkembang di tanah tinggi ini lama sebelum ia muncul di bahagian-bahagian lain di Sumatera dan mendahului kemasukan pengaruh luar.[3] Prasasti di kawasan itu telah ditemukan berasal dari zaman pemerintahan Adityavarman (1347-1375).[4] Orang Belanda mula mengeksploitasi rizab emas di tanah tinggi ini dalam tahun 1680-an.[5] Mereka telah menguasai perdagangan di kawasan itu, menyekat hubungan cawang-cawang perdagangan antara tanah tinggi dan pelabuhan di pantai antara 1820 dan 1899, lantas mendorong kejatuhan dalam pengeluaran beras yang ketara.[6] Tanah tinggi ini terdiri daripada tiga lembah utama: Lembah Tanah Datar, Lembah Agam dan Lembah Limapuluh.[7]

Kampung Belimbing di Tanah Tinggi terkenal dengan contoh seni bina Minangkabau masih kekal.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ooi, Keat Gin (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. ABC-CLIO. m/s. 887. ISBN 978-1-57607-770-2. Dicapai 7 Ogos 2012. 
  2. ^ Wink, André (1 Januari 2004). Indo-Islamic Society, 14th- 15th Centuries. BRILL. m/s. 47. ISBN 978-90-04-13561-1. Dicapai 7 Ogos 2012. 
  3. ^ Miksic, John (2004). "From megaliths to tombstones: the transition from pre-history to early Islamic period in highland West Sumatra". Indonesia and the Malay World. 32 (93): 191. doi:10.1080/1363981042000320134. 
  4. ^ Barnard, Timothy P. (2004). Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries. NUS Press. m/s. 66. ISBN 978-9971-69-279-7. Dicapai 7 Ogos 2012. 
  5. ^ Borschberg, Peter (2004). Iberians in the Singapore-Melaka Area and Adjacent Regions (16th to 18th Century). Otto Harrassowitz Verlag. m/s. 156. ISBN 978-3-447-05107-1. Dicapai 7 Ogos 2012. 
  6. ^ Schneider, David Murray; Gough, Kathleen (1961). Matrilineal Kinship. University of California Press. m/s. 476. ISBN 978-0-520-02529-5. Dicapai 7 Ogos 2012. 
  7. ^ Backshall, Stephen (1 Jun 2003). Rough Guide to Indonesia. Rough Guides. m/s. 404–. ISBN 978-1-85828-991-5. Dicapai 8 Ogos 2012. 
  8. ^ Waterson, Roxanna (1990). The Living House: An Anthropology of South-East Asian Architecture. Oxford University Press.