Tatu Antarabangsa Kuala Lumpur 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertunjukan Tatu Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 merupakan acara kemuncak sempena Tahun Melawat Malaysia . Pertunjukan tatu ini diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia pada 7 September - 9 September 2007 jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Tiket RM5.00 untuk teres atas dan RM10.00 untuk teres bawah.

Antara acara yang menarik ialah persembahan pancaragam ketenteraan dari Jordan, Brunei, Perancis, India, Amerika Syarikat, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand, Korea, Republik Islam Pakistan, persembahan gendang dan seruling dari United Kingdom dan persembahan kebudayaan kaum Maori dari New Zealand.

Pancaragam dari Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, Wira Kris dari Tentera Darat Malaysia, kawad senyap dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan gimnastik berirama dari Tentera Udara Diraja Malaysia.