Taufan Okeechobee 1928

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Taufan Okeechobee 1928
Taufan San Felipe Segundo
Hurikan kategori 5 major (SSHWS/NWS)
Taufan Okeechobee 1928
Taufan Okeechobee 1928
Terbentuk6 September 1928 (1928-09-06)
Reda20 September 1928 (1928-09-21)
Angin terkuat1 minit berterusan: 160 bpj (260 km/j)
Tekanan terendah≤ 929 mbar (hPa); 27.43 inHg
Kematian4,078+
Kerosakan$100 juta (1928 USD)
Kawasan terjejasAntilles Kecil, Guadeloupe, Kepulauan Virgin, Puerto Rico, Bahamas, Florida, Georgia, Carolina Selatan, Carolina Utara, Pesisiran Timur
Sebahagian daripada Musim taufan Atlantik 1928

Taufan Okeechobee atau taufan San Felipe Segundo merupakan siklon tropika yang kedua paling berbahaya dalam sejarah Amerika Syarikat, hanya di belakang taufan Galveston 1900. Siklon tropika yang keempat, hurikan ketiga dan satu-satunya hurikan utama musim ini, sistem ini telah terbentuk hanya di luar pesisir pantai barat Afrika pada 6 September. Bermula sebagai sistem tekanan rendah tropika, ia dikuatkan kepada ribut tropika kemudian hari, tidak lama sebelum melintasi selatan Kepulauan Cape Verde. Penambahburukan lanjut lambat dan dihentikan pada 7 September. Walau bagaimanapun, sekitar 48 jam kemudian, ribut ini mengukuh semula dan menjadi taufan Kategori 1 mengikut skala taufan Saffir–Simpson yang moden. Masih bergerak ke arah barat, sistem ini telah mencapai kekuatan Kategori 4 sebelum membadai Guadeloupe pada 12 September. Di sana, ribut ini membawa "kemusnahan besar" dan 1,200 kematian. Di kepulauan Martinique, Montserrat, dan Nevis juga dilaporkan kerosakan dan kematian tetapi tiada yang lebih teruk daripada yang berlaku di Guadeloupe.

Sekitar tengah hari 13 September, ribut tersebut bertambah kuat menjadi hurikan Kategori 5 dan memuncak dengan angin berterusan berkelajuan 160 bsj (260 km/j). Kira-kira enam jam kemudian, sistem ini melanda daratan di Puerto Rico; ia adalah satu-satunya siklon tropika yang melanda pulau tersebut pada kekuatan Kategori 5. Di seluruh pulau itu, 24,728 rumah telah diranapkan sepenuhnya dan 192,444 lagi telah rosak, menyebabkan lebih 500,000 orang tanpa rumah. Hujan lebat turut menyebabkan kerosakan teruk pada tumbuhan dan agrikultur. Di Puerto Rico sahaja, terdapat 312 kematian dan kira-kira $50 juta (ASD 1928) kerosakan. Ketika melintasi pulau tersebut dan muncul di Atlantik, ribut ini menjadi lemah sedikit dan jatuh ke Kategori 4. Ribut ini mula melintasi Bahamas pada 16 September. Disebabkan persediaan awal, tidak banyak kerosakan atau kehilangan nyawa berlaku; hanya 18 kematian telah dilaporkan.

Pada awal 17 September, ribut ini melanda daratan berdekatan West Palm Beach, Florida dengan angin berkelajuan 145 bsj (233 km/j). Di bandar tersebut, lebih 1,711 buah rumah telah dimusnahkan. Di kawasan lain dalam negara tersebut, impak ribut ini paling teruk di sekitar Tasik Okeechobee. Badaian ribut ini menyebabkan air melimpah keluar dari sebelah selatan tasik tersebut, membanjiri beratus-ratus batu persegi dengan air setinggi 20 kaki (6.1 m) dari paras tanah. Pelbagai rumah dan bangunan telah dihanyutkan di bandar Belle Glade, Canal Point, Chosen, Pahokee dan South Bay. Sekurang-kurangnya 2,500 orang telah lemas, manakala kerosakan dinilai sekitar $25 juta. Ketika melintasi Florida ribut ini menjadi semakin lemah dan turun ke Kategori 1 pada 17 September. Ia menyimpang ke arah utara-timur laut dan muncul semula seketika di Atlantik pada 18 September, namun kemudian melanda daratan sekali lagi berdekatan Pulau Edisto, Carolina Selatan dengan angin berkelajuan 85 bsj (140 km/j). Pada awal hari berikutnya, sistem tersebut melemah menjadi ribut tropika dan menjadi siklon ekstratropika di Carolina Utara beberapa jam kemudian. Secara keseluruhan, sistem ini menyebabkan $100 juta kerosakan dan sekurang-kurangnya 4,078 kematian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.