Tekken 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tekken 3
Fail:Tekken3Box.jpg
PlayStation cover art
PembangunNamco
PenerbitNamco[a]
PengarahMasamichi Abe
Yutaka Kounoe
Katsuhiro Harada
PengeluarHajime Nakatani
PerekaMasahiro Kimoto
Katsuhiro Harada
Pengatur caraMasanori Yashinari Mizushima
KomposerNobuyoshi Sano
Keiichi Okabe
SiriTekken
Platform
PelepasanArcade
  • JP: 20 March 1997
PlayStation
GenrePermainan video berlawan
ModPemain tunggal, Multipemain
Sistem arkedNamco System 12

Tekken 3 (Jepun: 鉄拳3) ialah tajuk utama ketiga bagi francais permainan video berlawan, Tekken dari Jepun. Ia terbit di arked pada tahun 1997, sebelum diimport kepada platform PlayStation pada 1998. Versi arked daripada permainan ini juga terbit bagi Tekken 5 sebagai moda Arcade History. Ia juga diterbitkan semula sebagai bahagian daripada PlayStation Classic.

Tekken 3 menampilkan pelbagai watak baharu yang boleh dimainkan, termasuk penampilan perdana beberapa watak ruji sekarang seperti Jin Kazama, Ling Xiaoyu, Bryan Fury, Eddy Gordo, Hwoarang, Forest Law dan Julia Chang, dengan kesemua watak berjumlah dua puluh tiga. Versi rumah daripada permainan ini mempunyai moda beat 'em up baharu sebagai tambahan dari pembangun yang bernama Tekken Force, dan moda bonus Tekken Ball.

Pada tarikh penerbitannya, permainan ini syabas besar di kedua-dua platform keluarannya, dengan penjualan 35,000 unit arked dan 8.36 juta cakera item PlayStation di seluruh dunia, menjadikan Tekken 3 permainan PlayStation paling laris kelima. Beberapa tahun selepas penerbitannya, Tekken 3 telah disebut sebagai salah satu permainan video terhebat sepanjang zaman dan mempunyai pengaruh pada hampir seluruh permainan video berlawan yang diterbitkan selepasnya. Ia diikuti oleh Tekken Tag Tournament pada tahun 1999. Sekuel utama siri ini, Tekken 4, diterbitkan pada tahun 2001.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Diterbitkan di Amerika Utara oleh Namco Hometek dan di Eropah oleh Sony Computer Entertainment Europe.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tekken 3 Release Date Confirmed". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-04.
  2. ^ Johnston, Chris (February 2, 1998). "Tekken 3 Release Date Confirmed". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada October 13, 2000. Dicapai pada September 23, 2022.
  3. ^ "TEKKEN'S A KNOCKOUT; 5 games to be won". The Mirror. 12 September 1998. Dicapai pada 16 May 2011.