Permainan video bertumbuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kasteroids.svg
Sebahagian siri daripada:
Permainan video aksi

Permainan video bertumbuk, permainan bertumbuk atau tumbuk-tumbuk (dalam bahasa Inggeris digelar sebagai beat 'em up atau brawler) merupakan genre permainan video yang melibatkan pertempuran melee di antara protagonis dan sejumlah besar antagonis-antagonis yang lebih lemah. Permainan ini biasanya berlatarkan di kawasan urban dan menggunakan plot membasmi jenayah atau membalas dendam. Terdapat juga sesetengah permainan yang menggunakan tema bersejarah atau fantasi. Permainan bertumbuk yang dahulu berbentuk 2D, namun beberapa permainan yang lebih baru melibatkan persekitaran 3D dengan lebih banyak musuh. Permainan bertumbuk terkenal dengan gaya permainan yang ringkas. Permainan dua pemain dan karakter pemain yang berganda juga adalah salah satu trademark permainan bertumbuk.